Adra 217 Kali Keempat

Adra 4 Tahun!!

Adra 4 Tahun!!

Akhirnya baru Adra punya kesempatan untuk membuat entri yang cukup istimewa ini, bersempena dengan Ulang Tahun Kelahiran Adra yang keempat. Sama macam tahun sudah, hari jadi Adra sekali lagi jatuh dalam bulan Ramadhan. Memandangkan juga, tarikh 21/7/2014 jatuh pada hari Isnin, maka Adra cuma menyambut secara sederhana sahaja di Tadika berbekalkan sebuah kek yang telah pun dibeli sehari sebelum oleh Mama & Daddy. Mujur juga Adra dan rakan seperjuangan belum jatuh hukum untuk wajib berpuasa, jadi kira oklah kan sambut bersama rakan-rakan. Lagi pula, di awal bulan Ramadhan tempohari Kasih Sufi juga turut menyambut hari jadi di Tadika 🙂 .

Cuma pada petang pada hari kejadian, tidaklah pula dirancangan untuk Daddy & Mama berbuka puasa di luar, cuma kitaorang ke Pasaraya Besar untuk membeli keperluan Adra. Memandangkan dah sedikit lewat, maka diputuskan sahaja untuk berbuka terus. Adra dah berasa cukup gembira dah kerana dapat makan-makan di luar, maklumlah sepanjang bulan Ramadhan ini kitaorang hanya berbuka di rumah & rumah Tok sahaja.

Yeay..dapat hadiah

Yeay..dapat hadiah

Jamah air kosong dahulu

Jamah air kosong dahulu

Sedang menunggu waktu berbuka, tiba-tiba Daddy memberikan hadiah kepada Adra. Apa lagi, memang teruja sungguh Adra dibuatnya. Hajat dihati untuk membuka balutan hadiah terpaksa ditangguhkan sehingga pulang ke rumah kerana tuntutan Waktu Berbuka telah pun tiba.

Sebaik sahaja pulang ke rumah, Adra terus sahaja membuka hadiah dengan rasa yang teruja. Alangkah gembiranya hati apabila melihatkan ada permainan Blok yang berinspiraskan Lego buat Adra. Maklumlah, Adra sesungguhnya amat meminati permainan seperti ini. Terima kasih buat Daddy & Mama kerana telah menggembirakan Adra. Buat ahli keluarga, rakan taulan yang mengucapkan selamat hari ulang tahun, terima kasih Adra ucapkan. Moga Adra terus diberikan kesihatan & kegembiraan untuk hari-hari yang mendatang. Amin 🙂

Tak sabar nak buka balutan hadiah ni

Tak sabar nak buka balutan hadiah ni

Seronoknya..terima kasih Daddy & Mama

Seronoknya..terima kasih Daddy & Mama

Boleh tahan payah juga nak menyiapkannya

Boleh tahan payah juga nak menyiapkannya

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s