Selamat Hari Raya 2014 – Edisi Kuala Lumpur

adra1

Rasanya tak terlambat lagi untuk Adra ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Tahun ini merupakan giliran untuk beraya bersama Tok & Tokwan di Kuala Lumpur. Macam biasa, bila dah beraya di sini memang rutinnya kitaorang akan bermalam di rumah Tok memandangkan AcuMira pula beraya bersama belah keluarga AcuErul.

Walaupun pada sebelah malamnya Adra tidak berapa nak lena tidur gara-gara serangan bertalu sang nyamuk, namun Adra masih mampu bangun awal juga pada pagi raya. Sebaik sahaja Daddy & Tokwan pulang daripada menunaikan solat sunat Eidilfitri, Adra dah pun bersiap.

Sama seperti rutin umat Islam yang lain, usai sesi bermaafan bersama keluarga, maka sesi pemakanan pun berlangsung dengan jayanya. Untuk raya kali ini, Tok hanya memasak Rendang Daging & Daging Masak Hitam sahaja berserta dengan Kuah Kacang untuk dimakan bersama Nasi Impit.

Selesai sahaja sesi pemakanan, kitaorang hanya duduk berehat sahaja di rumah memandangkan tetamu (TokLong – abang kepada TokWan & TokCik – adik kepada Tok) hanya hadir menjelang waktu tengahari. Sementara menanti waktu yang terluang, sempat jugalah kitaorang bergambar buat kenangan sempena Eidilfitri 2014 ini.

Jomlah kita layan antara gambar pada Hari Raya Pertama ini 🙂

r3

r4

r5

r7

r6

 

SAMSUNG

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s