Apabila Aliff Mikael Bertemu Sufi Hafriz

SAMSUNG

Minggu  sudah buat julung-julung kalinya dua orang adik saudara Adra telah dipertemukan. Kebetulan pula Sufi Hafriz membuat kunjungan untuk beraya di Kuala Lumpur. Kedua-keduanya merupakan kesayangan Adra. Adra memang cukup gemar bermain dan mengusik kedua-duanya.

Si Aliff Mikael ini jenis yang baik-baik sahaja. Biasanya dia yang terpaksa beralah bilamana Adra menyakat. Menangis sekejap sahaja, Daddy pujuk terus senyap (Aliff Mikael sememangnya manja & rapat dengan Daddy). Manakala Sufi Hafriz pula jenis yang sangat galak. Tak boleh diusik. Pasti menjerit tidak berpuas hati. Maka, terpaksalah Adra yang beralah. 😦

Sungguhpun demikian, keduanya Adra sayang & kasih. Menariknya lagi mengenai mereka berdua ini, keduanya hanya dipisahkan selang beberapa minggu sahaja di  awal kelahiran mereka. Sewaktu dipertemukan pertama kali, sememangnya riuh dengan keletah mereka berdua. Tak terkecuali Adra..hihi. Seronok juga sebenarnya dapat menyakat Aliff Mikael & Sufi Hafriz serentak.

SAMSUNG

SAMSUNG

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s