Entri Hari Raya Eidil Adha 2014

SAMSUNG

Lambat pula Adra nak mengemaskini entri berkenaan Hari Raya EidilAdha kali ini. Sibuk bermain pula sejak akhir-akhir ini.  Tahun ini giliran untuk Adra beraya di Melaka pula. Apa yang menariknya sambutan kali ini adalah ada di antara kalangan ahli keluarga di Melaka turut melakukan ibadah Korban, termasuk jugalah Nenek. Memang teruja juga rasa di hati untuk pertama kali melihatkan ibadah Korban ini.

Aktiviti pada pagi Raya agak padat juga sebenarnya. Sebaik sahaja ahli keluarga yang lain pulang dari Solat Sunat, terus bergegas untuk bersarapan pagi sebelum bergegas pula ke kawasan penyembelihan Korban. Bila dah kelam kabut, tak sempat pula nak bergambar beramai-beramai..hihi. Mujur juga sempat untuk Adra bergambar Sufi Hafriz yang telah pun menjangkau usia 1 tahun.

SAMSUNG

Sebaik sahaja selesai bersarapan, maka bergegaslah kitaorang menuju terus ke tapak penyembelihan di Surau Taman Sri Pandan, Melaka. Jumlah lembu yang dikorban adalah sebanyak 6 ekor. Kira banyak jugalah untuk taman yang sekecil ini. Lebih kurang jam 10 pagi bermulalah penyembelihan lembu korban.

Menjelang tengahari selesai kesemuanya upacara korban yang dilakukan. Adra telahpun pulang untuk berehat di rumah. Lepas pekena makan tengahari, Adra pun mengambil kesempatan untuk melelapkan mata barang sejam dua.

Pada sebelah petangnya, Adra sengaja mengajak Daddy untuk keluar sebentar pusing-pusing di Bandar Melaka memandangkan yang lain-lain sibuk nak mengemas rumah. Jadi, berdualah Adra dan Daddy menuju ke kawasan Sungai Melaka sambil menikmati pemandangan yang indah. Seronok jugalah dapat mengambil angin petang-petang begini. Jomlah kita layan gambar sebagai penutup entri kali ini 🙂

SAMSUNG

SAMSUNG

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s