JJCM Ke Selatan Tanahair – Hari Pertama

SAMSUNG

Minggu sudah buat kali keduanya untuk 2014 ini sekali lagi Adra berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Kota Singapura. Trip yang lebih santai berupakan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini telahpun ditaja oleh Tok & Tokwan yang bermurah hati untuk membawa anak cucu berjalan sambil makan-makan. Kecuali AcuErul yang tidak turut serta kerana ke Jepun untuk Program Nona, kitaorang mula bergerak menuju masuk ke Singapura seawal jam 4.00 pagi dengan menaiki kenderaan MPV kompak buatan Rawang. Di awal perjalanan Adra tidur sahajalah, mengantuk. Kata Daddy, sempat jugalah mereka berhenti solat Subuh terlebih dahulu di R&R Ayer Keroh sekitar jam 5.30 pagi. Kemudiannya sekitar jam 7.00 pagi sekali lagi kitaorang berhenti di R&R Pagoh untuk bersarapan ala kadar. Waktu ini juga Adra & Aliff Mikael mandi sedikit untuk menyegarkan diri.

Bersarapan sebentar di R&R Pagoh

Bersarapan sebentar di R&R Pagoh

Lebih kurang sejam kemudian, kitaorang pun kembali menyambung perjalanan untuk terus ke Link Kedua untuk menuju masuk ke Singapura kerana bimbang berlaku kesesakan teruk di Tambak Johor jika tiba lewat. Alhamdulillah, tekaan Daddy benar. Gabungan laluan di Link Kedua ini tenang dan masih belum sesak walaupun jam sudah menunjukkan angka 9.15 pagi. Urusan di CIQ juga berjalan dengan lancar dan tenang walaupun jumlah kendaraan sudah mula semakin banyak.

Nasi Beryani Express yang super duper lazat

Nasi Beryani Express yang super duper lazat

Akhirnya sekitar jam 10.30 pagi kitaorang pun berjaya menjejakkan kaki di Pasar Geylang Serai, tempat tumpuan di mana komuniti Melayu Singapura berkumpul. Tujuan utama ke sini adalah untuk JJCM, maka Daddy tidak melepaskan peluang untuk pekena Nasi Beryani Express yang sememangnya terkenal buat pengunjung di situ. Dengan harga $6.00, penuh pinggan yang boleh memuatkan isi perut dua manusia normal. Selain daripada Nasi Beryani, turut dipesan adalah Telur Tahu dan juga Mee Siam. Tak lupa juga Rojak Singapura yang sememangnya digemari oleh Tokwan. Habislah makanan yang terhidang atas meja tu.

Kemudiannya kitaorang pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar sebentar di Joo Chiat Complex, yang terletak berhadapan dengan Pasar Geylang Serai. Pusing-pusing lebih kurang, kitaorang pun meneruskan misi JJCM kali ini untuk menuju ke Arab Street, tak lain dan tak bukan untuk pekena Murtabak Singapura pula. Mujur Tokwan & Daddy dah boleh hafal sikit-sikit jalan di Singapura ini jadi tiadalah masalah sangat nak memandu masuk ke sini.

Sebelum singgah di Zam Zam, sempat jugalah Tok, AcuMira & Mama untuk menjamu mata apabila melihatkan deretan pilihan fabrik khusus untuk golongan perempuan yang terdapat di persekitaran Arab Street ni. Walaupun Adra ini perempuan, tapi pintu hati untuk kain-kain masih belum lagi terbuka. Belum sampai masanya lagi orang kata. Jadi, sementara menantikan mereka habis membeli-belah, maka yang lainnya pun bergerak menuju ke Zam Zam untuk pekena Murtabak sambil minum petang. Lebih kurang jam 5.00 petang, kitaorang pun mula bergerak untuk menuju ke arah Tambak Johor. Tapi sewaktu menghampiri, keadaan sesaknya memang boleh mencarut Daddy dibuatnya. Dua tiga jam pun boleh sangkut nak lepas CIQ Woodlands ni. Umum mengetahui Daddy bukanlah penggemar jikalau bertembung dengan kesesakan sebegini, terus sahaja Daddy mengalihkan pemanduan menuju ke arah Tuas untuk ke Link Kedua. Mujur juga kereta tidak terlalu banyak dan kadar pergerakaan lebih lancar berbanding di CIQ Woodlands. Cumanya perjalanan kitaorang nak menghala ke Hotel AmanSari Express yang terletak di tengah JB agak sedikit jauh. Mujur juga bantuan teknologi Waze memudahkan sedikit urusan menggunakan jalan pintas dari arah Nusajaya/Legoland terus menghala ke Danga Bay/Johor Bahru. Akhirnya lebih kurang jam 8.00 malam barulah kitaorang berjaya sampai di Hotel. Masing-masing pun dah letih bukan main. Makan malam kitaorang telahpun ditapaukan sewaktu di Zam Zam petangnya. Nak keluar makan pun rasanya tak larat dah.

Jomlah kita layan gambar-gambar untuk hari pertama ni ya 🙂

Inilah dia Joo Chiat Complex

Inilah dia Joo Chiat Complex

Selfie satu kali tengok..

Selfie satu kali tengok..

Selfie bersama AcuMira yang suka menyakat Adra

Selfie bersama AcuMira yang suka menyakat Adra

Isk..buat muka comel pula si Aliff Mikael ni

Isk..buat muka comel pula si Aliff Mikael ni

Boleh tahan mahal juga Isomil di Kota Singa ini ya

Terperasan iklan Isomil..mahal juga

Posing bersama si comel ni

Posing bersama si comel ni

Tahu Telur yang ini pun tak kurang sedapnya

Tahu Telur yang ini pun tak kurang sedapnya

Rojak Singapura kegemaran Tokwan

Rojak Singapura kegemaran Tokwan

Giliran Aliff Mikael pula untuk dijaga Tokwan..hihi

Giliran Aliff Mikael pula untuk dijaga Tokwan sewaktu berada dalam Joo Chiat Complex ni

Isk,,sempat pula menyelit si kecil ni..hihi

Isk,,sempat pula menyelit si kecil ni..hihi

Marilah menuju ke Restoran Zam Zam

Marilah menuju ke Zam Zam

Selamat masuk ke bilik..penat dia Tuhan sahajalah yang tahu

Selamat masuk ke bilik..penat dia Tuhan sahajalah yang tahu

 

 

Advertisements

2 thoughts on “JJCM Ke Selatan Tanahair – Hari Pertama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s