JJCM Ke Selatan Tanahair – Hari Kedua Nak Balik Dah

Jom sarapan dahulu

Jom sarapan dahulu

Macam biasa, trip ringkas sememangnya satu malam sahaja sudah memadai. Disebalik keletihan semalamnya, kitaorang masih bersarapan agak awal di hotel. Walaupun bertaraf hotel bajet, namun variasi menu sarapan yang disediakan tidaklah kelihatan terlalu bajet. Ada Nasi Goreng, Mihun Goreng, Roti Canai, Bubur Nasi, Bijiran dan tidak pula juga Roti Bakar. Kira berbaloi jugalah dengan harga yang dibayar. (Untuk bilik Adra tiga katil single itu harganya di bawah RM150 sahaja). Cumanya hotel ini barangkali mempunyai beberapa kekurangan yang mungkin boleh dimaafkan. Tapi dengan harga yang sebegitu, sesungguhnya ianya boleh dikatakan sebagai berbaloi juga dengan wang yang dikeluarkan.

Hotel Amansari Express

AmanSari Express Hotel

Sesudah bersarapan, kitaorang pun segera naik ke atas untuk mengemas bag sebelum Daftar Keluar. Lebih kurang 10.00 pagi, kitaorang segera meninggalkan Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan pagi Ahad itu kelihatan tenang. Daddy pula kembali memandu seperti orang biasa dan mula mematuhi had kelajuan kebangsaan. Sekitar jam 11.30 pagi kitaorang sudahpun mula melewati Exit Ayer Hitam. Entah macam mana, tiba-tiba Mama memberikan cadangan agar singgah ke Batu Pahat untuk makan tengahari. Menu yang dicadangkan sudah tentulah Nasi Bariani Gam yang cukup terkenal itu.

Sekali lagi bantuan teknologi Waze diperlukan untuk kitaorang sampai dengan selamat dan tangkas ke Medan Selera Peserai, di mana terletaknya Nasi Bariani Md Shah yang cukup terkenal itu. Tepat jam 12.00 tengahari kitaorang berjaya juga menjejak kaki tanpa sebarang masalah. Konsep layan diri yang diperkenalkan memerlukan Daddy serta Tokwan untuk beratur sama bagi membolehkan 5 set Nasi Bariani Ayam & Kambing untuk sampai ke meja kitaorang tanpa melibatkan sebarang insiden pertumpahan nasi ke lantai.

Usai selesai sesi pemakanan Nasi Bariani yang sedap juga itu, maka destinasi yang harus dituju adalah pulang terus ke rumah tanpa perlu membuat mana-mana hentian kecuali untuk ke  tandas sahaja. Masing-masing jelas terpancar keletihan dan kekenyangan yang bukan kepalang. Mujur Daddy juga mampu meneruskan pemanduan dengan tenang dan selamat.  Sekitar jam 5.30 petang, selamat juga kitaorang sampai ke rumah. Penat. Tapi seronok. Paling tidak terisi juga aktiviti musim cuti sekolah Adra ini dengan aktiviti bersama keluarga sebegini.

Seperti biasa, jomlah kita layan gambar-gambar pula iya, 🙂

Dah sampai Batu Pahat pun

Dah sampai Batu Pahat pun

Nasi Beryani Md Shah..belum ramai lagi orang beratur waktu ni

Nasi Beryani Md Shah..belum ramai lagi orang beratur waktu ni

Pekena Nasi Beryani Gam Batu Pahat pula...sedap!!

Pekena Nasi Beryani Gam Batu Pahat pula…sedap!!

Giliran Adra pula untuk tengok-tengokkan si Aliff Mikael ni

Giliran Adra pula untuk tengok-tengokkan si Aliff Mikael ni

Dah selamat sampai..penat

Dah selamat sampai..penat

Budak kecil ini pun kelihatan penat juga gayanya

Budak kecil ini pun kelihatan penat juga gayanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s