Pendaftaran Tadika Auza Sesi 2015

a3

Lebih kurang dua minggu sudah Adra telahpun selamat mendaftarkan diri untuk meneruskan pengajian Tahun Kedua di Tadika Auza Cawangan Taman Bullion walaupun ada ura-ura kedengaran untuk mendaftarkan Adra di Tadika yang lain pula. Secara jujurnya Adra juga sukakan Tadika Auza ini, tambahan pula dah biasa dengan rakan-rakan seperjuangan yang sama sebelum ini. Jadi, bila Mama & Daddy bersetuju untuk membenarkan Adra menyambung pengajian di sini, Adra cukup gembira sebenarnya. Untuk pendaftaran semester pertama ini, sejumlah wang yang agak besar juga harus diperuntukkan. Yuran bulanannya pun boleh tahan mahal juga. Hampir-hampir jugalah Adra nak mohon PTPTN tempohari.

a4

Untuk Tahun 2015 ini, Mama mencadangkan Adra agar bersekolah hingga ke petang (satu hari penuh), bersekali dengan Pengajian KAFA. Mendengarkannya berdebar juga rasa di hati untuk bersekolah hingga ke petang. Maklumlah, Adra dah mula kena belajar berdikari. Berdiri atas diri sendiri orang kata dan pandai membawa diri. Malah jadual pemakanan tengahari pun dah dibekalkan kepada Mama & Daddy untuk rujukan. Lagi berdebar Adra tengok menu tersebut apabila ada hidangan berunsur sayuran turut dicadangkan sebagai menu. Memang lumrah kanak-kanak sebaya dan dua baya Adra tidak memakan sayuran. Eei…tak boleh nak bayangkanlah! Mau Adra sorok bawah pinggan nanti..hihi.

Sewaktu membuat pendaftaran tersebut, gambar kenangan yang telah diambil sebelum sesi 2014 berakhir turut diserahkan kepada Adra. Comel juga gambar kenangan Adra bersama rakan-rakan ini. Moga bersua kembali untuk sesi 2015 :).

Macam comel je Adra jadi arnab ni kan..hihi

Macam comel je Adra jadi arnab ni kan..hihi

Gambar kenangan bersama rakan-rakan setadika kategori 4 tahun

Gambar kenangan bersama rakan-rakan setadika kategori 4 tahun

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s