Sesi Orientasi Tadika Auza 2015

o1

Semalam telah pun berlangsung dengan jayanya Sesi Orientasi Tadika Auza 2015. Seperti yang semua sedia maklum, ini adalah tahun kedua buat Adra untuk bertadika di sini. Kalau melihatkan jumlah ibubapa yang hadir, memang kelihatan agak ramai jugalah. Teruja Adra dapat kembali semula ke sekolah setelah bercuti lebih kurang 2 bulan. Sempat jugalah Adra bertegur sapa dengan rakan-rakan seperjuangan dari sesi terdahulu. Rakan-rakan baharu lagilah ramai. Bertambah rakan Adra di sekolah ini.

Sesi yang bermula lebih kurang jam 8.00 pagi dan berakhir kira-kira dua jam kemudian ini berlangsung di mana para ibubapa mendengar taklimat di luar manakala kanak-kanak pula mendengar taklimat di dalam kelas. Buku-buku pembelajaran dan kasut yang diberikan secara percuma turut diserahkan kepada pelajar. Seperti kelaziman mana-mana pelajar yang pertama kali ke sekolah, tangisan adalah lumrah. Adra ok sahaja melihatkan situasi sebegini. Nak nangis macam tak ada sebab pula kan. Adra cool sahaja orang kata 😉 .

Tak sabar nak memulakan kembali sesi pertadikaan

Tak sabar nak memulakan kembali sesi pertadikaan

Perkhidatan van turut disediakan oleh Tadika Auza

Perkhidatan van turut disediakan oleh Tadika Auza

Bersama bakal rakan sekelas, Fatul yang juga merupakan jiran di rumah TokWan

Bersama bakal rakan sekelas, Fatul yang juga merupakan jiran di rumah TokWan

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s