Sesi Persekolahan Tadika Auza 2015 Bermula

Auza

Lama sungguh Adra mengambil masa untuk mengemaskini entri berkaitan sesi persekolahan yang baru sahaja bermula minggu sudah. Minggu pertama telahpun Adra lalui dengan agak berliku juga sebenarnya. Umum mengetahui, Adra telah didaftarkan untuk bersekolah hingga ke sesi petang. Rutinnya adalah seperti berikut:

7.30pagi – Adra mula dihantar ke Tadika

7.45pagi – Makan buah-buahan tempatan seperti Tembikai – PMP1

8.30pagi – Sesi pengajian bermula

9.30pagi – Rehat untuk PMP2 seperti Roti bersama Jem / Bijiran / Kek Pisang dan terus sambung sesi pengajian

11.30pagi – Tamat sesi pagi.

12.00tengahari – Makan tengahari dengan menu diet yang lengkap

1.00tengahari – Rehat & tidur

2.30petang – Sesi KAFA bermula

4.30petang – Tamat sesi petang

5.00petang – Tokwan datang mengambil Adra

Begitulah kira-kiranya rutin Adra untuk satu hari punya pengajian. Hari pertama sahaja Adra dah kepenatan dan agak kelaparan. Balik ke rumah sahaja terus minta nasi. Adra cuma mampu bertahun dengan rutin sebegini sehingga ke hari Rabu sahaja. Hari Khamis Adra dah minta izin untuk sekerat hari sahaja. Dan menjelang petang Khamis lepas, Adra dah pun mula batuk dengan agak teruk juga sehinggakan Adra tidak mampu untuk ke Tadika pada Jumaatnya.

Dan setakat ke hari ini, Adra memang hanya bersekolah untuk sesi pagi sahaja. Nak bertahan hingga ke sesi petang macam tak terdaya sahaja dek kerana menanggung kelaparan. Tambahan pula perasaan seronok untuk bersekolah hingga ke petang pun dah hilang.

Harap-harap Mama & Daddy memahami apa yang Adra rasa 😦

*PMP = Program Makanan Pintar

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s