Mari Bermain Play-Doh

a1

Sekali lagi Adra agak lama mengemaskini entri terbaharu blog. Sibuk barangkali. Kesempatan yang ada ini, marilah Adra perkenalkan satu lagi kegemaran Adra yang terkini.

Iya, buat masa sekarang ini Adra cukup menggemari Play-Doh. Pantang ada waktu yang terluang, pasti Play-Doh ini yang menjadi perhatian. Malah, di rumah Tok juga telah tersedia stok Play-Doh untuk dimainkan bila ada kelapangan..hihi. Malah, kalau ke Pasaraya, pantang ternampakkan di rak bahagian mainan, pasti Adra akan cuba memujuk supaya ianya segera menjadi milik Adra. Kalau tak dapat bermain, dapat layan Play-Doh di YouTube pun dah cukup memberikan kegembiraan sebelum Adra praktikkannya kelak untuk membuat rekaan yang dikehendaki.

Sebetulnya kegemaran bermain Play-Doh ini sudah lama meresapi dalam diri Adra. Dari tahun lepas lagi yang sebenarnya. Cuma semenjak akhir-akhir ini sahaja kegilaan bermain Play-Doh ini seakan tidak dapat dikawal. Hari-hari wajib untuk Adra bermain Play-Doh.

Sebenarnya, Play-Doh ini bagus juga untuk kanak-kanak seusia Adra. Permainan ini dirasakan mampu mencipta imaginasi kanak-kanak seterusnya memastikan sel-sel otak sentiasa berhubung. Cuma yang tidak berapa bagusnya bermain Play-Doh ini adalah kebarangkalian bersepah sisa saki-baki yang tertinggal tersangatlah tingginya. Nak mengutip dan mengemasnya boleh tahan remeh juga sebenarnya buat kanak-kanak sebaya Adra ini. Ada masa, Adra tak berapa nak rajin sangat. Mujur juga Mama & Daddy sudi membantu untuk mengemasnya 🙂

Kusyuk

Kusyuk sambil melayan YouTube Play-Doh

 

Hasil rekaan Adra..kek cawan satu warna..hihi

Hasil rekaan Adra..kek cawan satu warna..hihi

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s