Aktiviti Cuti Sekolah Ke Wet World Shah Alam

IMG_20150602_123524

Fuh, akhirnya tiba juga musim cuti sekolah, menandakan tamatnya sesi pertama musim persekolahan dan pertadikaan bagi tahun 2015 ini. Memandangkan keadaan Mama yang sedang berbadan dua, maka aktiviti berjalan juga nampak gayanya turut menjadi sedikit terhad. Iyalah, nak berjalan jauh-jauh bimbang pula Mama tak larat. Jadinya terpaksalah aktiviti berlibur hanya melibatkan lokasi yang berdekatan sahaja.

Pada hari Selasa lepas, Daddy dan Mama telahpun bercuti semata-mata ingin membawa Adra ke Wet World Shah Alam. Seronok Adra berganda apabila Daddy turut mempelawa Tok, Tokwan dan juga Aliff Mikael bagi memeriahkan suasana. Nak ajak AcuMira, dia pula tidak boleh bercuti, jadinya berenam sahajalah kitaorang menuju ke Taman Tema Air yang terletak di Seksyen 2 Shah Alam ini.

Lebih kurang jam 10.30 pagi kitaorang semua berjaya menjejakkan kaki ke sini. Walaupun hari bekerja, tapi jumlah kereta mula memenuhi ruangan parkir, menandakan sememangnya musim cuti sekolah telah bermula. Sememangnya tempat sebegini amat diminati golongan berkeluarga. Iyalah, nak berjalan jauh-jauh kena GST pula, iya tak?

IMG_20150602_104504

Setelah wang RM105 bertukar dengan Gelang sebagai tanda kemasukan ke Taman Tema ini, maka terus sahaja Adra berasa teruja. Rasa macam nak terus terjun sahaja ke Kolam. Aliff Mikael juga begitu. Tak sabar. Gaya AcuMira rasanya perangai tak sabar itu, hihihi. Daddy juga sebenarnya turut menyewa Cabana bagi menambahkan lagi sedikit rasa keselesaan kepada kitaorang. Harganya pula boleh tahan GST. (baca: mahal).

Aliff Mikael sedang memproteskan dirinya

Aliff Mikael sedang memproteskan dirinya

Dah pakai baju pun masih tak puas hati lagi..Aliff..Aliff

Dah pakai baju pun masih tak puas hati lagi..Aliff..Aliff

Usai menyalin pakaian, terus sahaja Adra dan Aliff turun membasah kaki tanda rasminya kitaorang ke sini. Wah, bukan main gembira lagi si budak kecil ini walaupun pada mulanya kelihatan sedikit gelisah kerana terpaksa memakai pakaian mandi warna Pink milik Adra. Menambahkan ganda seronok kitaorang di sini adalah faktor cuaca yang cukup redup. Kira selesalah tak panas.

Yeay!! Jom Aliff kita main sama-sama

Yeay!! Jom Aliff kita main sama-sama

Lebih kurang jam 12.30 tengahari, hujan pula sudah mula turun dengan begitu lebat. Nak mandi pula rasa macam tak berapa nak selesa. Jadinya, terus sahaja Tok mengajak kitaorang pulang dan makan tengahari di Restoran Syed di Seksyen 11 untuk pekena Nasi Bukhara yang sedap itu.

IMG_20150602_125111

Lepas pekena makan tengahari, masuk semula ke dalam kereta, semua orang pakat lena kecuali Daddy yang tekun memandu pulang. Buat Daddy & Mama, terima kasih Adra ucapkan kerana telah menggembirakan hati Adra dan juga Tok, Tokwan serta Aliff Mikael.  Moga dikurniakan pahala yang setimpal. Terima kasih juga buat Tok yang telah menaja makan tengahari tersebut.. 🙂

Jom layan gambar pula 🙂

Tak sabar nak mandi kolam

Tak sabar nak mandi kolam

Baru si Aliff ni ceria dapat main air

Baru si Aliff ni ceria dapat main air

Bukan main si Aliff tu sampai tak pedulikan Adra dah

Bukan main si Aliff tu sampai tak pedulikan Adra dah

Mencuba slide pula

Mencuba slide pula

Giliran Adra pula

Giliran Adra pula

Apa sajalah si Aliff ni

Apa sajalah si Aliff ni

Mujur boleh berpaut pada Daddy..boleh tahan dalam juga kawasan ni

Mujur boleh berpaut pada Daddy..boleh tahan dalam juga kawasan ni

Aksi Daddy bersama Aliff

Aksi Daddy bersama Aliff

Bersiap untuk pulang..rasa macam tak puas pula bermain air

Bersiap untuk pulang..rasa macam tak puas pula bermain air

IMG_20150602_122525

Pemandangan dari Cabana yang disewa

Isk..gelap pula..apalah Daddy ni ambil gambar

Isk..gelap pula..apalah Daddy ni ambil gambar

Aliff bersama Tokwan

Aliff bersama Tokwan

Nasi Bukhara yang lazat..terima kasih Tok kerana belanja..hihi

Nasi Bukhara yang lazat..terima kasih Tok kerana belanja..hihi

Keletihan si Aliff ni

Keletihan si Aliff ni

Ok, jom pulang

Ok, jom pulang

Advertisements

3 thoughts on “Aktiviti Cuti Sekolah Ke Wet World Shah Alam

  1. Hi, my name is Yana and I’m contacting you from EJC Communications. We would like to invite you to a splashing new event happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at admin@ejccom.com with your details. Thank you.

  2. Hi, my name is Amirul and i from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to Carnival happening very soon. We would like to request your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank You

  3. Hi, my name is Amirul and I’m contacting you from Wet World Shah Alam. We would like to invite you to our event of year, happening very soon and would like to request you for your contact details such as your email address. Please contact me at amirulasyafi@owg.com.my with your details. Thank you

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s