Entri Hari Raya 2015: Raya Pertama

Sekali lagi Adra menyepi dari mengemaskini entri. Sibuk beraya sana sini barangkali. Jadi baiklah, mari Adra kongsikan sedikit kisah beraya tahun ini di Melaka. Sebetulnya, rutin beraya di Melaka sememangnya agak kelam kabut sikit. Percaya atau tidak, tiada gambar keluarga yang dapat diambil pagi Hari Raya kali ini.. šŸ˜¦

Seawal jam 7.30 kitaorang dah bergegas untuk menuju ke rumah Moyang yang tidak jauh dari rumah Nenek setelah bersiap dan melawa di pagi Hari Raya (Kampung Limbongan : Rumah Moyang). Mujur juga upacara bermaafan sempat juga dilakukan walaupun dalam keadaan kelam kabut. Singgah sebentar di rumah Moyang, kitaorang yang perempuan ini tinggal sebentar untuk bersembang sepatah dua kata, membiarkan Daddy untuk bergegas ke Masjid menunaikan Solat Sunat Eidilfitri.

Pulang semula ke rumah, Adra dah mula rasa tak selesa memandangkan cuaca Melaka yang agak panas waima baru jam 9.00 pagi panas serupa Ladang Tebu kat Perlis nu. Terus sahaja Adra minta Mama salinkan t-shirt. Jadi bilamana Daddy pulang dari Masjid untuk bergambar, ternyata Daddy kelihatan sedikit kecewa. Maaf Daddy, cuaca tidak begitu mengizinkan untuk Adra lama berjubah.

Tidak berapa lama kemudian, rumah Nenek sudah mula menerima kehadiran tetamu. Dan bermulalah episod keramaian para hadirin yang datang untuk menjamu pelbagai juadah yang telah siap dimasak oleh Nenek. Gambar juadah pun tak sempat nak ambil, punya kelam-kabut Hari Raya Pertama kitaorang. Membawa ke malam hari jugalah tetamu yang hadir.

Memandangkan pada Hari Raya pertama hanya ada beberapa gambar sahaja yang sempat diambil, maka Adra akhiri entri dengan 2 keping gambar tersebut. Kita bersambung dengan Hari Raya kedua dengan lebih banyak gambar šŸ™‚

Gambar 1: Adra bersama Moyang

Gambar 1: Adra bersama Moyang

Gambar 2 : Sufi bersama Moyang

Gambar 2 : Sufi bersama Moyang

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s