Seronoknya Bertadika Pasti As-Syafie

s3

Lama sungguhlah Adra tidak mengemaskini blog. Mood nak menulis bukan main payah nak nak dapat. Sedangkan dalam tempoh beberapa bulan ni banyak juga aktiviti yang Adra berpeluang lakukan. Cuma untuk entri yang ini, Adra berhasrat untuk memberikan apresiasi kepada Tadika Pasti As-Syafie.

Walaupun hanya setahun di Tadika Pasti As-Syafie ini, Adra cepat menyesuaikan diri. Adra sangat gembira dapat bersekolah tadika di sini. Mempunyai kawan-kawan yang baik dan tidak lupa juga barisan cikgu-cikgunya yang sangat berdedikasi. Apa yang menariknya, bakat Adra berpidato telah dicungkil di Pasti As Syafie ini. Macam tidak percaya pun ada sebenarnya Adra berani untuk ke hadapan.

Sekitar bulan Ogos yang lalu, Adra berpeluang untuk mewakili Tadika Pasti As-Syafie untuk bertanding Pidato Alam Ria Pasti Kawasan Batu. Yang menariknya, Adra berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Fuh, macam tak percaya sahaja. Kejayaan tersebut melayakkan Adra untuk bertanding mewakili Kawasan Batu ke Pertandingan Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah pula. Walaupun gagal mendapat kejayaan, namun keupayaan Adra untuk berdiri di hadapan pentas dan orang yang ramai, sesungguhnya tidak ramai anak muda yang berani. Eceh. Sesungguhnya Adra ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang berjaya mengenal pasti bakat terpendam Adra ini 🙂 .

Dari segi pencapaian akademik pula, secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jikalau dahulu Adra mendapat tempat ke 6, peperiksaan kali ni Adra berjaya mendapat tempat ke 4 di dalam kelas. Walaupun tidak begitu cemerlang, Adra sebetulnya dah cukup rasa berpuas hati. Mungkin nak masuk ke Darjah 1 tahun hadapan boleh dipertingkatkan lagi prestasi pelajaran Adra ini.

Sewaktu pertandingan Sukaneka Pasti Batu, prestasi Adra dan rakan-rakan yang lain pun tidak kurang hebatnya bertanding. Dapat jugalah beberapa pingat untuk dibawa pulang. Mujur juga tiada ganjaran pencen yang diberikan. Hihihi!

Sekarang ini, walaupun sudah masuk ke cuti sekolah akhir tahun, tapi Adra masih lagi hadir ke Tadika Pasti As-Syafie kerana telah mendaftar dengan program Smart Pasti (program harian). Setidaknya hadir ke sekolah, masih lagi dapat jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Cuma minggu ini merupakan minggu terakhir Adra akan berada di sini. Sedih pula rasa di hati. Selepas ini kena buat persiapan untuk ke Darjah 1 pula.

Sebagai penutup kepada entri ini, sekali lagi Adra merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Dalila, Cikgu Nabila, Cikgu Sakinah, Cikgu Ika dan lain-lain cikgu yang sempat mengajar Adra selama di Tadika Pasti As-Syafie. Mohon dihalalkan ilmu yang telah diajarkan kepada Adra. Insya Allah, Adra akan kenang sampai bila-bila 🙂

Jom kita layan gambar.

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah*

Pertandingan pun bermula

Pertandingan pun bermula

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!*

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

***************

Sukaneka Pasti

Geng Pasti As-Syafie

Geng Pasti As-Syafie

Alhamdulillah, berjaya meraih beberapa pingat untuk di bawa pulang

Alhamdulillah, berjaya meraih pingat Gangsa & Perak untuk di bawa pulang

***********

Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah

Bersiap sedia

Bersiap sedia

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

***********

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti*

Gambar terakhir bersama :)

Gambar terakhir bersama :)*

 

*Sumber gambar daripada Cikgu Dalila / Cikgu Sakinah

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s