Adra Darjah 1

Dah siap. Jom pergi sekolah

Dah siap. Jom pergi sekolah

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat Adra untuk tahun 2017 ini. Adra dah pun selamat bergelar sebagai Pelajar Darjah 1 di sekolah berhampiran rumah Tokwan. Senang untuk sebarang urusan penghantaran dan pengambilan Adra dari sekolah.

Sebetulnya, tanggal 30 Disember 2016 lagi Adra telah diminta untuk menghadiri sesi Hari Orientas & Ujian Diagnostik bagi Darjah 1. Alhamdulillah, Adra tidak punya masalah untuk menjawab sebarang soalan yang dikemukakan. Dan tanggal 3 Januari 2017 bermulalah episod baharu untuk Adra.

Seawal jam 5.50 pagi lagi Adra telah dikejutkan Daddy untuk bangun mandi bersiap. Hari pertama dia punya semangat lain macam sikit. Kejut sekali sahaja Adra sudah pun tercegat bangun untuk mandi dan bersiap. Usai bersiap, teruslah kitaorang menuju ke rumah Tokwan terlebih dahulu untuk mengambil kasut yang sedari awal memang ditinggalkan di sana. Apa yang menariknya lagi, Aliff Mikael juga bakal mula bertadika di Pasti Litte Daie. Melihatkan dia yang seakan gembira untuk bertadika padahal kaki nangis juga si Aliff Mikael itu sebenarnya, hihihi!

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Selepas bersalaman dengan Tok & Tokwan, maka teruslah Daddy & Mama menghantar Adra ke sekolah yang bermula pada jam 7.30 pagi. Sampai sahaja di perkarangan sekolah kelihatannya anak-anak berbaju sekolah begitu teruja bagi memulakan sesi persekolahan 2017 ini. Tepat jam 7.30 loceng pun dimulakan tanda bermulanya waktu persekolahan untuk hari pertama ini. Bagi murid Darjah 1, sudah tentu perasaan bercampur baur. Antara teruja, gembira, bimbang, takut dan lain-lain perasan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Menambahkan lagi debaran adalah untuk sesi pembahagian kelas bagi murid Darjah 1 berdasarkan Ujian Dianogstik yang telah dilakukan sebelumnya.

Lega juga Adra dibuatnya kerana berjaya menempatkan diri dalam kelas yang agak baik juga. Setelah selesai sesi pembahagian kelas, maka Adra pun diarahkan untuk menuju ke kelas meninggalkan Daddy & Mama yang harus tunggu di kantin sekolah sahaja.

Jemput makan

Jemput makan

Dalam kelas, seperti biasalah ada sesi suai kenal lebih kurang. Tepat jam 10.00 pagi, Adra dah pun menuju ke kantin untuk mendapatkan Daddy & Mama yang setia menanti. Sampai sahaja, boleh tahan ramai juga murid-murid di sekolah. Mujur Daddy bersedia memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak membeli makanan. Nampak sahaja Nasi Ayam, terus rasa berselera pula. Adra pun segera menghulurkan RM2 sebagai tanda persetujuan untuk membuat pertukaran dengan sepinggan Nasi Ayam. Jadilah.

Tamat waktu rehat, maka bersambunglah kembali sesi pembelajaran suai kenal di hari pertama ini. Sedar tidak sedar, tamatlah sudah hari pertama persekolahan untuk tahun 2017 ini. Banyak hari lagi nak kena tempoh. Sebelah petang pula, Adra hanya mengambil kelas mengaji di Kelas Al-Quran Ideal di Taman Bullion Mewah buat mengisi masa yang terluang. Doakan Adra sihat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. 🙂

Jom pergi mengaji

Jom pergi mengaji

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s