Archives

Adra Darjah 1

Dah siap. Jom pergi sekolah

Dah siap. Jom pergi sekolah

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat Adra untuk tahun 2017 ini. Adra dah pun selamat bergelar sebagai Pelajar Darjah 1 di sekolah berhampiran rumah Tokwan. Senang untuk sebarang urusan penghantaran dan pengambilan Adra dari sekolah.

Sebetulnya, tanggal 30 Disember 2016 lagi Adra telah diminta untuk menghadiri sesi Hari Orientas & Ujian Diagnostik bagi Darjah 1. Alhamdulillah, Adra tidak punya masalah untuk menjawab sebarang soalan yang dikemukakan. Dan tanggal 3 Januari 2017 bermulalah episod baharu untuk Adra.

Seawal jam 5.50 pagi lagi Adra telah dikejutkan Daddy untuk bangun mandi bersiap. Hari pertama dia punya semangat lain macam sikit. Kejut sekali sahaja Adra sudah pun tercegat bangun untuk mandi dan bersiap. Usai bersiap, teruslah kitaorang menuju ke rumah Tokwan terlebih dahulu untuk mengambil kasut yang sedari awal memang ditinggalkan di sana. Apa yang menariknya lagi, Aliff Mikael juga bakal mula bertadika di Pasti Litte Daie. Melihatkan dia yang seakan gembira untuk bertadika padahal kaki nangis juga si Aliff Mikael itu sebenarnya, hihihi!

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Alhamdulillah. Selesai sudah pembahagian kelas

Selepas bersalaman dengan Tok & Tokwan, maka teruslah Daddy & Mama menghantar Adra ke sekolah yang bermula pada jam 7.30 pagi. Sampai sahaja di perkarangan sekolah kelihatannya anak-anak berbaju sekolah begitu teruja bagi memulakan sesi persekolahan 2017 ini. Tepat jam 7.30 loceng pun dimulakan tanda bermulanya waktu persekolahan untuk hari pertama ini. Bagi murid Darjah 1, sudah tentu perasaan bercampur baur. Antara teruja, gembira, bimbang, takut dan lain-lain perasan yang sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Menambahkan lagi debaran adalah untuk sesi pembahagian kelas bagi murid Darjah 1 berdasarkan Ujian Dianogstik yang telah dilakukan sebelumnya.

Lega juga Adra dibuatnya kerana berjaya menempatkan diri dalam kelas yang agak baik juga. Setelah selesai sesi pembahagian kelas, maka Adra pun diarahkan untuk menuju ke kelas meninggalkan Daddy & Mama yang harus tunggu di kantin sekolah sahaja.

Jemput makan

Jemput makan

Dalam kelas, seperti biasalah ada sesi suai kenal lebih kurang. Tepat jam 10.00 pagi, Adra dah pun menuju ke kantin untuk mendapatkan Daddy & Mama yang setia menanti. Sampai sahaja, boleh tahan ramai juga murid-murid di sekolah. Mujur Daddy bersedia memberikan tunjuk ajar bagaimana hendak membeli makanan. Nampak sahaja Nasi Ayam, terus rasa berselera pula. Adra pun segera menghulurkan RM2 sebagai tanda persetujuan untuk membuat pertukaran dengan sepinggan Nasi Ayam. Jadilah.

Tamat waktu rehat, maka bersambunglah kembali sesi pembelajaran suai kenal di hari pertama ini. Sedar tidak sedar, tamatlah sudah hari pertama persekolahan untuk tahun 2017 ini. Banyak hari lagi nak kena tempoh. Sebelah petang pula, Adra hanya mengambil kelas mengaji di Kelas Al-Quran Ideal di Taman Bullion Mewah buat mengisi masa yang terluang. Doakan Adra sihat untuk menempuh hari-hari yang mendatang. ūüôā

Jom pergi mengaji

Jom pergi mengaji

 

Advertisements

Seronoknya Bertadika Pasti As-Syafie

s3

Lama sungguhlah Adra tidak mengemaskini blog. Mood nak menulis bukan main payah nak nak dapat. Sedangkan dalam tempoh beberapa bulan ni banyak juga aktiviti yang Adra berpeluang lakukan. Cuma untuk entri yang ini, Adra berhasrat untuk memberikan apresiasi kepada Tadika Pasti As-Syafie.

Walaupun hanya setahun di Tadika Pasti As-Syafie ini, Adra cepat menyesuaikan diri. Adra sangat gembira dapat bersekolah tadika di sini. Mempunyai kawan-kawan yang baik dan tidak lupa juga barisan cikgu-cikgunya yang sangat berdedikasi. Apa yang menariknya, bakat Adra berpidato telah dicungkil di Pasti As Syafie ini. Macam tidak percaya pun ada sebenarnya Adra berani untuk ke hadapan.

Sekitar bulan Ogos yang lalu, Adra berpeluang untuk mewakili Tadika Pasti As-Syafie untuk bertanding Pidato Alam Ria Pasti Kawasan Batu. Yang menariknya, Adra berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Fuh, macam tak percaya sahaja. Kejayaan tersebut melayakkan Adra untuk bertanding mewakili Kawasan Batu ke Pertandingan Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah pula. Walaupun gagal mendapat kejayaan, namun keupayaan Adra untuk berdiri di hadapan pentas dan orang yang ramai, sesungguhnya tidak ramai anak muda yang berani. Eceh.¬†Sesungguhnya Adra ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada cikgu-cikgu yang berjaya mengenal pasti bakat terpendam Adra ini ūüôā .

Dari segi pencapaian akademik pula, secara keseluruhannya ada peningkatan berbanding peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Jikalau dahulu Adra mendapat tempat ke 6, peperiksaan kali ni Adra berjaya mendapat tempat ke 4 di dalam kelas. Walaupun tidak begitu cemerlang, Adra sebetulnya dah cukup rasa berpuas hati. Mungkin nak masuk ke Darjah 1 tahun hadapan boleh dipertingkatkan lagi prestasi pelajaran Adra ini.

Sewaktu pertandingan Sukaneka Pasti Batu, prestasi Adra dan rakan-rakan yang lain pun tidak kurang hebatnya bertanding. Dapat jugalah beberapa pingat untuk dibawa pulang. Mujur juga tiada ganjaran pencen yang diberikan. Hihihi!

Sekarang ini, walaupun sudah masuk ke cuti sekolah akhir tahun, tapi Adra masih lagi hadir ke Tadika Pasti As-Syafie kerana telah mendaftar dengan program Smart Pasti (program harian). Setidaknya hadir ke sekolah, masih lagi dapat jumpa dengan kawan-kawan yang lain. Cuma minggu ini merupakan minggu terakhir Adra akan berada di sini. Sedih pula rasa di hati. Selepas ini kena buat persiapan untuk ke Darjah 1 pula.

Sebagai penutup kepada entri ini, sekali lagi Adra merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Dalila, Cikgu Nabila, Cikgu Sakinah, Cikgu Ika dan lain-lain cikgu yang sempat mengajar Adra selama di Tadika Pasti As-Syafie. Mohon dihalalkan ilmu yang telah diajarkan kepada Adra. Insya Allah, Adra akan kenang sampai bila-bila ūüôā

Jom kita layan gambar.

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Pertandingan Alam Ria Pasti Kawasan Batu

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah

Berswafoto bersama Cikgu Sakinah & Anas Ar-Rayyan yang bertanding kategori Khutbah*

Pertandingan pun bermula

Pertandingan pun bermula

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!

Kejayaan turut mengiringi acara yang lain juga. Yeay!*

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

Alhamdulillah, Naib Johan Pidato

***************

Sukaneka Pasti

Geng Pasti As-Syafie

Geng Pasti As-Syafie

Alhamdulillah, berjaya meraih beberapa pingat untuk di bawa pulang

Alhamdulillah, berjaya meraih pingat Gangsa & Perak untuk di bawa pulang

***********

Alam Ria Pasti Peringkat Wilayah

Bersiap sedia

Bersiap sedia

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Persiapan terakhir sebelum ke pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

Masa untuk beraksi di atas pentas

***********

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti

Sewaktu sambutan hari ulangtahun Adra di Pasti*

Gambar terakhir bersama :)

Gambar terakhir bersama :)*

 

*Sumber gambar daripada Cikgu Dalila / Cikgu Sakinah

 

 

 

 

 

 

 

Selamat Hari Ulang Tahun Ke 6 Adra

B1

Kek tajaan Mama

Sebetulnya ada entri Hari Raya yang perlu diterbitkan terlebih dahulu, tetapi memandangkan masih belum siap sepenuhnya dek kerana nak kena edit dahulu gambar, maka Adra lepaskan terlebih dahulu entri yang penting ini.

Iya, tanggal 21hb Julai kembali lagi. Tahun 2016 ini merupakan ulang tahun ke 6 buat Adra. Alhamdulillah, selama 6 tahun Adra menjalani kehidupan sebagai anak kecil pelbagai ranjau juga telah Adra tempuhi. Tapi Adra yakin, kehidupan mendatang pasti lebih banyak cabaran dan liku-liku yang perlu Adra tempuhi. Suka dan duka silih berganti. Namun Adra percaya, itu adalah asam garam kehidupan. Insya Allah, dengan adanya ahli keluarga di sisi, Adra yakin semua itu bukanlah suatu masalah untuk Adra harungi, eceh.

Buat yang telah mendoakan di laman sosial Daddy & Mama, terima kasih Adra ucapkan. Terima kasih ini juga Adra panjangkan kepada Daddy yang sudi membelikan Adra hadiah & juga Mama yang turut sudi menaja kek dan juga air kotak untuk sambutan secara indie di Tadika Pasti. Hihihi.

Jom layan gambar penerimaan hadiah Hari Jadi Adra ūüėČ

Berdebar juga menerima bungkusan Pos Laju ini. Entah apa isinya

Berdebar juga menerima bungkusan Pos Laju ini. Entah apa isinya

Eh! Eh! Macam tahu sahaja apa bendanya ini

Eh! Eh! Macam tahu sahaja apa bendanya ini

Yeay !!

Yeay !!

Hadiah acah-acah Lego. Terima kasih Daddy. Adra suka sangat!

Hadiah acah-acah Lego. Terima kasih Daddy. Adra suka sangat!

 

 

Hari Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar

pasti

Fuh, kali ini betul-betul lama Adra tidak mengemaskini blog. Betul punya lama. Kalau nak diikutkan, banyak cerita yang hendak Adra kongsikan, tapi macam tidak kesampaian pula..hihihi!

Sementara mood nak menulis tengah ada, marilah Adra kongsikan tentang peristiwa yang baharu sahaja berlangsung minggu sudah, Hari Penyerahan Kad Laporan Prestasi Pelajar. Seminggu sebelumnya, Adra telah pun selamat menjalani peperiksaan pertengahan tahun. Kalau nak diikutkan, berdebar juga sebenarnya apabila Mama & Daddy hendak ke sekolah untuk berjumpa dengan cikgu di Tadika Pasti As Syafie ini. Tapi Adra tabahkan jugalah. Berdebar ke tidak, tolak ke tepi terlebih dahulu.

Lebih kurang jam 10.00 pagi kitaorang dah pun sampai ke Tadika Pasti As Syafie ini. Terus sahaja Adra dan Mama masuk ke dalam berjumpa dengan Cikgu Nabilah membiarkan Daddy bersama Afia menunggu di luar yang mana akhirnya mereka menunggu di dalam kereta sahaja. Boleh tahan lama jugalah Adra bersama Mama berhadapan dengan Cikgu Nabilah ini. Secara keseluruhannya pencapaian Adra agak sederhana juga. Cuma menurut kata Cikgu, Adra ini bangsa yang suka menyiapkan tugasan dalam keadaan yang lekas dan tergesa-gesa tanpa mahu menyemak terlebih dahulu. Ikut perangai Daddy barangkali..hihihi! Sebab itulah ada beberapa kertas soalan, agak teruk juga markah hingga menjejaskan markah keseluruhan.

Berkedudukan nombor 5 dalam kelas (daripada 12 orang murid), dan 12 (daripada 24 orang murid) keseluruhan untuk murid 6 tahun, sememangnya banyak lagi yang perlu Adra perbaiki dan musahasabah diri untuk persiapan peperiksaan akhir tahun nanti. ūüôā

Adra Ke Kidzania

a

Sabtu lepas bersempena dengan cuti panjang Thaipusam Adra berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Kidzania, sebuah tempat hiburan berunsurkan pendidikan komtemporari khusus untuk kanak-kanak yang terletak di pusat membeli-belah, The Curve NX. Aktiviti mengejut tersebut tidak dirancang, tetapi memandankan kitaorang tiada apa-apa rancangan pada cuti tersebut, maka Mama telah bersetuju untuk membawa Adra ke sana. Kidzania ini kalau nak diikutkan, merupakan tempat yang agak premium juga. Tengok deko luarannya sahaja dah tahu mahal waima konon bertemakan syarikat kapal terbang tambang murah. Jadi jangan hairan kalau harga tiket masuk ke Kidzania ini mahal juga serupa tiket kapal terbang..hihi

Bertemakan lapangan terbang

Bertemakan lapangan terbang

Beratur untuk membeli tiket

Beratur untuk membeli tiket

Urusan menunaikan Cek 50 ringgit duit Kidzania

Urusan menunaikan Cek 50 ringgit duit Kidzania

Urusan pembuatan Pazzport Kidzania

Urusan pembuatan Pazzport Kidzania

Bijak juga akak Petugas ini meracun Mama..hihi

Bijak juga akak Petugas ini meracun Mama..hihi

Aktiviti pertama Adra

Aktiviti pertama Adra

Mama & Afia hanya mampu melihatkan dari luar sahaja

Mama & Afia hanya mampu melihatkan dari luar sahaja

Kitaorang sampai ke sini agak awal juga, sekitar jam 11.00 pagi. Kelihatan orang juga tidak begitu ramai di kaunter tiket yang menyerupai  kaunter Daftar Masuk AirAsia selaku penaja utama Kidzania barangkali. Terus sahaja kitaorang ke menuju ke Tingkat 4 untuk memulakan misi di Kidzania ini. Masuk sahaja ke dalam, terus kitaorang di sapa oleh Petugas untuk menerangkan mengenai Kidzania. Sempat juga Petugas tersebut mempromosikan agar Adra membuat Pazzport di Kidzania dengan alasan yang boleh dikirakan munasabah juga untuk membuatnya. Maknanya, bilamana Adra telah membuat Pazzport ini, maka sudah tentu Adra berpeluang untuk mengunjungi lagi di lain masa. Selesai urusan menunaikan Cek di CIMB Bank dan membuat Pazzport, terus sahaja Adra memulakan misi di Kidzania ini. Kitaorang bermula di bahagian belah atas terlebih dahulu. Lokasi pertama yang ditujui adalah Lifebuoy. Berdebar juga sebenarnya pengalaman pertama kali ini. Banyak jugalah pengetahuan yang Adra belajar mengenai kebersihan dan produk membersihkan diri ini.

Adra belajar mengenai pembuatan vitamin

Adra belajar mengenai pembuatan vitamin

Menjadi Doktor Pakar Bedah di Hospital KPJ

Menjadi Doktor Pakar Bedah di Hospital KPJ

Kelas memasak di Ayam Brand. Resepi Puf Tuna..sedap

Kelas memasak di Ayam Brand. Resepi Puf Tuna..sedap

Menunggu giliran untuk menjadi Juruterbang. Ini paling seronok

Menunggu giliran untuk menjadi Juruterbang. Ini paling seronok

Sementara menunggu giliran, kena beratur dalam kotak kuning. Penat Adra duduk dahulu

Sementara menunggu giliran, kena beratur dalam kotak kuning. Penat Adra duduk dahulu

Dan seterusnya banyak jugalah aktiviti yang sempat Adra sertai, antaranya menjadi Juruterbang di AirAsia, menjadi Doktor Pakar Bedah, dan tidak lupa juga bekerja di restoran makanan segera untuk membuat burger. Seronok sangat sebenarnya datang ke Kidzania ini. Selain bermain, pelbagai pengetahuan dapat Adra kutip sepanjang seharian di sini. Dari pukul 11.00 pagi sampailah jam 6.30 petang Adra berada di sini sambil ditemani Daddy, Mama dan juga Afia. Kasihan juga Afia tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada tidur sahaja..hihi. Walaupun seharian, Adra cuma sempat menyelesaikan 14 aktiviti sahaja. Banyak lagi perkara yang harus diterokai sebenarnya.

Tengok pada gaya macam dah lama juga lif ini rosak

Tengok pada gaya macam dah lama juga lif ini rosak

Tak sabar nak membuat burger

Tak sabar nak membuat burger

Yeay, lepas buat burger ini bolehlah Adra makan

Yeay, lepas buat burger ini bolehlah Adra makan

Penat, nak balik dah tapi seronok

Penat, nak balik dah tapi seronok

Inilah dia Pazzport Kidzania

Inilah dia Pazzport Kidzania

Secara keseluruhannya Adra berpuas hati datang ke sini. Cuma bab harga makanan yang premium itu sahaja menjadi batu penghalang. Walaupun ada dijual makanan, tapi harganya ya rabbi, mahal ya amat. Mujur juga waktu Adra bekerja di restoran makanan segera membuat burger, burger tersebut turut dibekalkan kepada para peserta. Jadilah buat makanan dalam kereta sewaktu perjalanan pulang.¬†Belum dikira lagi tiket yang mahal untuk golongan dewasa waima mereka hanya mampu melihat sahaja. Ciri-ciri kapitalis terserlah disitu. Bab lif yang rosak sewaktu kunjungan tempohari juga sepatutnya tidak berlaku untuk tempat sebegini. Kasihan buat mereka yang membawa anak kecil nak kena mengusung stroller turun naik tangga. Apapun terima kasih buat Mama kerana sudi menaja aktiviti ke Kidzania ini. Mungkin lepas ini Adra boleh ke sini lagi kan. ūüôā

 

 

Tadika Pasti As-Syafie

Bersiap sedia untuk ke sekolah

Bersiap sedia untuk ke sekolah

Sesi persekolahan bagi tahun 2016 telah pun selamat bermula. Dan Adra kini telah pun sah menjadi pelajar Pasti As-Syafie yang terletak di Kg Batu Muda. Dengan rumah Tokwan ni, kira dekat jugalah. Hari pertama Adra hanya bermula pada hari Selasa, dek kerana hari Isnin hanya khusus untuk sesi pendaftaran & pembayaran serta pengambilan baju sahaja. Pada pagi hari kejadian, seawal jam 5.30 pagi Adra sudah pun dikejutkan Daddy untuk bersiap di rumah. Sampai di rumah Tokwan sekitar jam 6.30 pagi, dapatlah Adra berehat seketika sambil pekena botol susu ke apa. Jamah sedikit kuih yang ada Daddy belikan sebelumnya sebagai alas perut.

Ayu juga rasanya bertudung ni..hihi

Ayu juga rasanya bertudung ni..hihi

Tepat jam 7.30 pagi, barulah Daddy keluar menghantar Adra ke sekolah setelah bersalam cium tangan dengan semua orang. Semangat hari pertama bersekolah ni biasanya lain macam sikit. Tambahan pula bersekolah dengan suasana serba baharu. Walaupun berdebar, tapi Adra gembira untuk menimba ilmu & pengalaman di tempat baharu. Sampai sahaja di perkarangan, kelihatan beberapa orang kanak-kanak seusia Adra yang telah sampai terlebih dahulu. Setelah bersalaman dengan Daddy, maka segeralah Adra ditinggalkan di situ untuk menimba pengetahuan. Apa yang menariknya, ini adalah kali pertama Adra bertudung untuk satu tempoh jangkamasa yang agak lama juga. Mudah-mudahan Adra terus istiqomah dalam hal yang baik-baik ini.

Yeay dah sampai ke sekolah

Yeay dah sampai ke sekolah

Berdebar sangat sebenarnya ni

Berdebar sangat sebenarnya ni

Lebih kurang jam 5.00 petang, Adra pun dijemput pulang oleh Daddy. Apa yang menariknya, ini adalah kali pertama Adra bertudung untuk satu tempoh jangkamasa yang agak lama juga. Mudah-mudahan Adra terus istiqomah dalam hal yang baik-baik ini. Untuk hari pertama ini, agak menarik jugalah aktiviti di Pasti As-Syafie ini. Seronok! Makanan yang dijamu kepada Adra dan rakan-rakan yang lain pun tidak kurang enaknya juga. Kenyang orang kata. Moga-moga Adra mampu menghabiskan sesi persekolahan sepanjang tahun 2016 ini dengan jayanya. Amin.

Ok, jom pulang ke rumah

Ok, jom pulang ke rumah

Sukan Tahunan Tadika Auza 2015

SAMSUNG

Sabtu lepas sebelum bermulanya cuti sekolah bagi penggal kedua ini, telah berlangsungnya Sukan Tahunan Tadika Auza 2015. Walaupun cuaca berjerebu sedikit menggusarkan, namun Alhamdulillah cuaca kembali terang pada hari pertandingan. Cuma pada kali ini, hanya Daddy sahaja yang menemani Adra, memandangkan Mama masih lagi dalam keadaan berpantang di rumah. Memang mood Adra sedikit terjejas sebenarnya.

Seawal jam 7.15 Adra dah pun sampai ke venua kejohanan untuk pendaftaran, memandangkan dalam aturcara tertera acara sepatutnya bermula agak awal juga. Setelah selesai pendaftaran Adra, Daddy segera meninggalkan Adra bagi membolehkan Daddy bersarapan terlebih dahulu. Adra pula bersarapan di Tadika, seperti mana yang telah disediakan oleh pihak Tadika Auza.

SAMSUNG

Hai Daddy!

Acara perarakan masuk sepatutnya bermula sekitar jam 8.00 terpaksa ditunda ketika waktu sudah mula menginjak ke angka 8.30 pagi gara-gara ada peserta yang tiba lewat untuk pendaftaran sekaligus mengganggu sedikit kelancaran upacara. Pasti Daddy berbulu dengan situasi sebegini. Adra memang faham sangat Daddy, seorang yang amat berdisiplin apabila berbicara tentang waktu. Malahan, Adra turut dikejut seawal jam 6.30 pagi agar tidak lewat pada pagi itu. Kasihan pada Adra dan rakan-rakan yang tiba lebih awal yang terpaksa menunggu. Begitu juga dengan ibubapa yang turut tiba pada waktu yang sepatutnya.

Sejurus tamatnya upacara Perarakan Masuk Rumah-Rumah Sukan, acara yang pertama pun segera dimulakan dengan penglibatan Adra sebagai peserta terakhir untuk acara yang pertama. Apa yang menariknya, pecutan Adra sebagai peserta terakhir berjaya memberikan kemenangan buat Rumah Biru. Bijak juga percaturan Teacher Firdaus dengan meletakkan Adra di posisi terakhir..hihihi! Untuk acara berikutnya, Rumah Biru berjaya mempamerkan semangat juang yang tinggi dengan kedudukan kedua atau ketiga bagi setiap acara yang disertai.

Akhirnya lebih kurang matahari mula menerikkan diri, tamatlah sudah acara Sukan Tahunan ini. (beberapa acara untuk ibubapa turut diadakan sebagai acara sampingan) Apa yang menggembirakan, tahun ini Rumah Sukan Sasuke (Rumah Biru) telah berjaya merangkul tempat kedua (tahun sudah Rumah Sukan Adra hanya sekadar mendapat tempat keempat.. ūüė¶ ). Maka, kesempatan yang ada ini Adra ingin mengucapkan terima kasih Daddy yang sanggup menemani Adra dari mula acara hingga ke akhir. Buat Tokwan & Aliff juga yang sudi hadir memberikan sokongan. Buat rakan seperjuangan dan cikgu bimbingan, terima kasih Adra ucapkan. Insya Allah, tahun depan kita berjumpa lagi..!!

 

Perarakan masuk Rumah Sukan

Perarakan masuk Rumah Sukan

Jelas ketara Adra tidak begitu gembira pada mulanya

Jelas ketara Adra tidak begitu gembira pada mulanya

Tak sabar nak memulakan saingan

Tak sabar nak memulakan saingan

Go Adra Go!

Go Adra Go!

Teacher Firdaus sedang memberikan arahan

Teacher Firdaus sedang memberikan arahan

Tokwan dan Aliff datang juga akhirnya

Tokwan dan Aliff datang juga akhirnya

Yeay! Aliff datang bagi sokongan kepada Kakak

Yeay! Aliff datang bagi sokongan kepada Kakak

Aliff juga kelihatan teruja

Aliff juga kelihatan teruja

Berdebar menunggu pengumuman keputusan

Berdebar menunggu pengumuman keputusan

Upacara penyampaian pingat

Alhamdulillah, Rumah Biru Tempat Kedua

Rumah Biru Naib Johan..Yeay!

Rumah Biru Naib Johan..Yeay!