Archives

Bila Daddy Menulis : Selamat Hari Ulang Tahun Kelima Adra Nur Hannani

adra

Tanggal 21hb Julai kini kembali lagi. Dan hari ini genaplah usia Adra Nur Hannani menginjak ke angka 5. Di usia 5 tahun ini, manjanya Adra Nur Hannani masih lagi tiada tolok banding. Masih selesa memegang tahta anak sulung & tunggal buat masa ini. Namun, perlahan-lahan mula menjadi anak yang lebih bertanggungjawab dalam meniti usia sebagai kanak-kanak.

Selama lima tahun dibesarkan, sudah banyak juga pengalaman pahit dan manis dilalui. Kesihatannya juga kelihatan sedikit baik berbanding sebelum ini, tiada lagi sebarang kemasukan wad direkodkan untuk tahun ini, Alhamdulillah. Teruskanlah membesar dengan sihat wahai Adra Nur Hannani. Moga segala rahmat mengiringi tumbesaran kamu wahai anak ku.

Advertisements

BILA DADDY MENULIS : SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE 4 ADRA NUR HANNANI

SAMSUNG

Sesungguhnya masa itu sangat pantas berlalu. Terlalu pantas. Mujur juga dalam kepantasan masa itu, masih juga diberikan peluang untuk melihatkan tumbesaran Adra Nur Hannani depan mata. Tanggal 21 haribulan Julai hari ini cukuplah usia 4 tahun anak kesayangan seluruh ahli keluarga ini.

Selamat hari ulang tahun ke 4 Adra Nur Hannani. Moga terus membesar dengan sihat & sedikit nakal. Betapa tingginya langit, tinggi lagi kasih & sayang ini buat kamu.

Bila Daddy Menulis : 1

  1. Adra Nur Hannani lebih suka membahasakan dirinya sebagai Agar. Kedengaran sedikit pelat di situ.
  2. Adra seorang yang penakut. Tak boleh tinggal seorang diri. Mesti nak berteman. Ketakutan dirinya bertambah nyata apabila secara tidak sengaja telah terlihatkan watak Pocong dalam kaca TV. Gua dah tutup dia tak kasi tengok dia boleh tepis nak juga tengok. Sudahnya dia tak boleh tidur malam tersebut dan malam-malam berikutnya. Gua terpaksa kasi air penawar baru ok sikit.
  3. Adra ini sebenarnya sangat susah nak makan. Kalau dapat 5 suap pun dah kira bersyukur sangat.
  4. Tak boleh kena sakat sikit. Mudah sangat merajuknya.
  5. Makanan kegemarannya adalah nasi putih, sama sup dengan ikan goreng ataupun ayam goreng. Jalan. Tipikal seorang budak, jangan haraplah Adra nak makan sayuran.
  6. Mempunyai berat sekitar 12 kilogram sahaja Adra ini. Ringan bukan.
  7. Setiap petang Adra akan menunggu Babu datang depan rumah untuk beli benda-benda yang tak sepatutnya dibeli. Jenuh juga nak pujuk supaya tak payah beli. Nak dihalau Babu tersebut supaya jangan lalu, tak sampai hati pula.
  8. Walaupun dah menginjak ke usia 3 tahun, tetapi Adra masih lagi minum susu menggunakan botol susu kecil. Maksimum boleh minum adalah 4 aun sahaja. Serupa baby.
  9. Adra mempunyai alahan terhadap produk tenusu. Pernah termakan biskut yang berperisa keju, tak sampai 2 minit Adra akan bersin-bersin dan matanya yang membengkak. Jadi, gua amat berhati-hati terhadap setiap makan minum beliau. Mujur juga minuman susu kultur boleh diminum tanpa masalah.
  10. Sangat menggemari siri Upin & Ipin. Sehinggakan nada percakapan pun menyamai watak-watak dalam siri tersebut.
  11. Kelihatan Adra ini seperti kanak-kanak yang manja dan lemah lembut, tetapi sebenarnya boleh tahan juga kuat membuli budak lain. Setakat nak cubit budak yang berusia 5 tahun bukanlah masalah besar buat Adra.
  12. Kurang sikit takutnya kalau kena marah dengan Mama dia..tapi sekali kalau gua jerkah, memang terus diam. Akan tetapi turut paling manja dengan gua. Maklumlah, Daddy mithali..kahkahkah.