Archives

Beli Nebulizer Untuk Adra

Mesin Neb jenama Mediceq

Mesin Neb jenama Mediceq

Sebenarnya dalam tempoh beberapa hari minggu lepas, Adra sememangnya kurang sihat. Batuk ni tak henti-henti dari tekak Adra. Puncanya Adra ada makan sebiji gula-gula sahaja. Tapi dia punya efek meleret sampai beberapa hari. Bila dah batuk secara intensif begini, maka kebarangkalian Adra untuk semput memang tersangatlah tinggi.Minggu lepas adalah juga beberapa kali Adra ke klinik untuk mengambil Neb.

Jadi, untuk mengurangkan risko kebarangkalian Adra ke klinik malam dinihari akibat semput dalam keadaan mengantuk, maka Daddy telah pun mengambil keputusan membeli sendiri mesin Neb di farmasi dengan harga yang boleh dikatakan agak murah juga, cuma berharga RM190 sahaja. Alhamdulillah, rupanya keputusan Daddy untuk membeli terus mesin Neb itu rupanya tersangatlah bijak kerana selepas itu Adra masih juga batuk-batuk dengan agak teruk juga sehingga memerlukan Adra untuk mengambil Neb akibat daripada kahak yang memenuhi ruangan dada Adra ini. Silap haribulan, Daddy pun boleh guna juga sewaktu Daddy semput nanti ūüôā

Peace !!

Peace !!

Ubat Combivent untuk melegakan Adra

Ubat Combivent untuk melegakan Adra

 

Advertisements

Mohon Sumbangan Untuk Adra Afieya

1891535_1464518027104459_137663777_o

Kebetulan pula pangkal nama anak kecil ini sama..Adra Afieya namanya. Tapi kasihan, anak kecil ini telah pun disahkan menghidap penyaki Biliary Atresia. Adra nak jelas secara terperinci pun macam tak berapa nak reti sangat. Tapi secara ringkasnya ianya ada melihatkan bengkak hati. Kasihan. Memang kasihan. Kos rawatan yang sepatutnya dijalankan di negara jiran ini dengar kata boleh mencecah RM1juta.

Oleh yang demikian, dengan rasa rendah diri, Adra ingin menyeru sekiranya ada pembaca blog Adra yang budiman ini apalah sudi kiranya menyumbang sedikit agar dana yang terkumpul mampu untuk menampung kos pembedahan dengan kadar sesegera mungkin. Buat Adik Adra Afieya, moga terus tabah dan ceria menjelang hari pembedahan kelak dan seterusnya kekal sihat selepas ini. Amin.

Butiran untuk meyumbang adalah seperti berikut:

     5622 2732 7760 (ADZRIEFAIZ ADZLAN)

Sumber Gambar  : https://www.facebook.com/AdraAfieya

923446_1466589980230597_1281794292_n

 

Tentang Tune Hotel Danga Bay, JB

DSC_1051
OK, sekarang ini masanya untuk Adra kongsikan pengalaman sewaktu menginap di Tune Hotel Danga Bay, merupakan bajet hotel yang semakin mendapat perhatian & permintaan di kalangan pelancongan asing mahupun pelancong tempatan. Untuk memudahkan pembacaan, Adra ringkaskan sahajalah ye.

1 – Hotel ini mempunyai ruang parkir kereta yang agak luas juga secara percuma dikeliling bangunan hotel. Tapi entah esok lusa silap haribulan mau kena bayar juga.

2 – Ruang lobi yang agak kecil. Namun mempunyai servis kaunter yang agak pantas juga. Tak puas Adra untuk bermain permainan Lego yang turut ditempatkan di lobi. Kerusi urut jenis yang bayar RM1 itu pun Daddy tak sempat nak merasa.

3 – Bilik hotel yang agak-agak kecil. Jenis Adra yang kuat berlari ni memang tak berapa nak sesuai jugalah. Mujur juga, bilik yang Daddy tempah ni jenis bilik bersambung dengan bilik Tokwan di sebelah, jadi dapatlah Adra berlari keluar masuk bilih sebelah..hihi

4 – Kalau nak tengok TV, harus membeli kredit secara berasingan untuk 12 saluran Astro yang sangat terhad. Penghawa dingin pun serupa juga kena bayar asing. Yang ada cuma kipas angin. Mujur waktu tempah “quad room” ni memang penghawa dingin dia bagi terus 24jam.

5 – Kalau inginkan bersarapan di hotel bajet ini, turut disediakan pakej berasingan. Tapi Adra rasa, kawasan sekitar JB ni lagi banyak gerai yang menyediakan tempat bersarapan yang lagi sedap dan murah.

6 – Adra cukup suka dengan tilam yang disediakan di hotel ini. Tidak terasa membuai dan lembik. Terasa seperti tidur di hotel bertaraf premium pula bila lena di malam hari.

7 – Kalau jenis ambil yang pakej asas sewaktu menginap di sini, silalah membawa tuala dan sabun sendiri. Kalau lupa nak membawanya, kedai serbaneka memang terletak di tingkat bawah. Senang. Lapar tengah malam pun boleh turun pergi beli roti lagi.

8 – Pada hari daftar keluar, sekiranya dah keluar terlebih dahulu pada awal pagi dan berhasrat untuk masuk semula ke bilik hotel selepas jam 10.00 pagi, kad aksed tidak lagi berfungsi. Ini kerana, ianya merupakan peraturan yang telah ditetap sekiranya selepas jam 10.00 pagi kad akses tersebut tidak lagi boleh digunakan untuk urusan masuk ke dalam bilik. Makna kata, kalau dah keluar tu, kena la daftar keluar terus.

9 – Bagi yang berhajat untuk ke USS, hotel ini merupakan pilihan terbaik kerana turut menyediakan perkhidmatan shuttle ulang-alik ke USS dengan harga yang agak berpatutan.

10 – Hotel ini bolehlah dikatakan sentiasa penuh pada setiap hujung minggu. Maka, tempah la siap-siap secara atas talian bagi mengelakkan sebarang kekecewaan.

11 – Bilik hotelnya menampilkan deko yang cukup minimalis, tetapi masih memadai kerana setiap inci ruang dipergunakan dengan sebaiknya.

12 – Paling penting, harga untuk bilik yang ditempah, memang sangat-sangat berbaloi untuk pengunjung bajet seperti kitaorang ini.

Adra tengah nak On kan lampu bagi terang sikit dalam bilik

Adra tengah nak On kan lampu bagi terang sikit dalam bilik

Lorong antara bilik yang juga agak sempit sebenarnya

Lorong antara bilik yang juga agak sempit sebenarnya

Tempat menyangkut pakaian. Almari-almari memang tiada ye. Harap maklum

Tempat menyangkut pakaian. Almari-almari memang tiada ye. Harap maklum

Terasa seperti dalam tandas Airasia pun ada..hihi

Terasa seperti dalam tandas Airasia pun ada..hihi

Inilah dia kad akses yang diperkatakan itu

Inilah dia kad akses yang diperkatakan itu

Sempat jugalah Adra main sekejap Lego ni

Sempat jugalah Adra main sekejap Lego ni

Cuti Krismas

Wah, teruja betul Adra rasa sepanjang bulan Disember ni. Banyak betul cuti Adra rasa. Adra fikir, bermula malam ni semua lebuhraya menyusur keluar dari Kuala Lumpur bakal mengalami kesesakan. Esok pun Adra fikir nak mengajak Daddy pulang ke kampung, Melaka. Patutnya nak ajak Daddy balik minggu depan, tapi macam Melaka esok pula.

Untuk yang tidak tahu, kat Melaka ni boleh tahan ramai juga yang menyambut Krismas ni, terutamanya golongan berbangsa Portugis. Entah ada Pakcik Santa ke tidak ke Melaka ni iye. Memandangkan sekarang ni musim cuti Krismas, jangan-jangan nenek nak masakkan ayam turkey masak asam pedas kot untuk Adra esok.

Adra217 Dah Setahun!!

Tak sangka, cepat betul masa berlalu. Hari ini 16/12/11 genap setahun usia blog Adra. Pejam celik, pejam celik dah pun setahun. Dan tak berapa lama lagi, dah nak kena ganti kalendar pula.

Selama setahun ni boleh tahan banyak juga yang Adra dapat coretkan & kongsikan, walaupun sejak akhir-akhir ini blog Adra ni agak kurang entri nya. Nak buat macam mana, Adra kena menbahagikan masa, antara tanggungjawab sebagai anak kecil dan juga menulis blog ni.

Kepada yang sudi membaca blog Adra ni, diucapkan terima kasih banyak-banyak ye. Insya Allah, banyak lagi yang Adra nak kongsikan dengan anda semua selepas ini.

Jejak Upin Ipin Di Muzium Negara


Hari Sabtu yang lepas agak awal juga Adra bangun dari tidur. Itu pun sebab Daddy yang mengacau-ngacau Adra waktu tengah lena lagi. Kata Daddy, nak mengajak Adra pergi ke Muzium Negara. Serta-merta Adra jadi keliru seketika. Entah apalah yang ada di Muzium Negara tu. Barangkali, Daddy sengaja nak menanam minat dalam diri Adra supaya meminati sejarah dan khazanah negara. Agaknyalah. Untuk mengelakkan Daddy menarik muka masam akibat lambat bersiap, Adra dengan sepantas kilat menyiapkan diri.

Sewaktu sampai di perkarangan parkir, jelas sekali kelihatan deretan kereta di sana sini. Mujur masih ada lagi petak parkir yang kosong. Namum pandangan Adra di sekitar perkarangan parkir Muzium Negara tersebut agak terganggu kerana kelihatan bunting yang agak mencurigakan. Macam ada gambar kartun. Isk, rupanya Daddy nak mengajak Adra pergi melihat Jejak Upin & Ipin. Untuk makluman, Adra memang merupakan peminat utama Upin & Ipin ni. Setiap petang jam 530 Adra akan menonton siri Upin & Ipin ni. Sedari usia 3 bulan lagi Adra dah mula menonton siri Upin & Ipin ni tau.

Untuk memasuki pameran ni, bayaran RM12 dikenakan untuk orang dewasa. Untuk Adra, percumalah. Sebaik sahaja memasuki dalamnya, perasaan teruja Adra jangan cakaplah. Bukan main gembira lagi Adra. Pelbagai info yang diberikan dalam pameran tersebut tetapi Adra bukannya ambil kisah sangat. Biar Daddy sama Mama sahajalah yang membacanya. Apa yang menariknya lagi, replika rumah Opah pun ada sama dalam pameran tu. Tiba-tiba Adra terasa seperti sebahagian daripada siri Upin & Ipin pula sewaktu berada dalam rumah Opah tu. Seronok, seronok, seronok.

Setelah puas menjelajah [er, sebenarnya tak puas sangatlah] kat dalam tu, Daddy mengajak Adra keluar. Sedar tak sedar, sejam lebih jugalah kitaorang menghabiskan masa di dalam pameran tu. Boleh tahan lenguh juga kaki Adra ni sebenarnya. Jomlah layan gambar-gambar Adra ni pula iye.

Upin !

Eh, Mail la..

Adra berposing dengan Upin & Ipin

Ruang Makan Kat Rumah Opah

Adra tengah study kat tempat Upin

Ok, Adra nak balik dah time ni..da..

Diganggu “Sesuatu”

Malam tadi lebih kurang jam 9.00 malam sedang Adra asyik bermain sambil menolong Mama mengemas baju, tiba-tiba Adra dapat merasakan tentang kehadiran “sesuatu” melintas. Serta merta Adra rasa tak selesa. Ada jugalah beberapa kali “sesuatu” tu melintas lagi. Waktu ni, Adra betul-betul rasa tak keruan. Adra pun apa lagi, menggunakan kepakaran untuk membuat tangisan pada tahap maksimum. Mama memang dah tentu arah dah melihatkan tangisan Adra ni. Mujur Daddy terus berada dalam keadaan tenang. Cuba untuk memujuk Adra.

Namun pujukan Daddy memang tak bertahan lama. Kejap berhenti nangis, tak sampai 3 saat, sambung lagi teriakan. Adra memang betul-betul rasa takut. Menangis dan terus menangis. Adra cuba juga nak beritahu tentang kehadiran “sesuatu” pada Daddy, namum Daddy tak begitu memahami. Setelah hampir sejam tangisan Adra tak mahu juga reda, mujur waktu itu baru Daddy dapat memahami isyarat yang Adra cuba sampaikan. Dalam Daddy cuba “baca-baca” sambil memegang belakang tengkuk Adra, memang Adra rasa tak selesa sangat. Terus sahaja Adra capai tangan Daddy tanda tidak mengizinkan kehadiran tangan Daddy di tengkuk Adra. Mujur kali ini Daddy benar-benar memahami isyarat yang Adra cuba sampaikan. Terus sahaja Daddy bertanyakan kepada Adra, di mana “sesuatu” tu berada. Tanpa teragak-agak, Adra menunjukkan ke arah bilik tidur.

Kali ini, Daddy betul-betul serupa ustaz dalam cerita seram yang tak berapa nak seram sangat tu. Sambil memegang segelas air yang berisi air penawar Darul Syifa’, Daddy terus sahaja memarahi “sesuatu” tersebut sambil memberikan amaran agar tidak lagi mengganggu Adra. Isk, berani betul Daddy waktu ni. Mama pula dah beredar jauh sikit di ruang tamu. Daddy pun segera “baca-baca”, sambil merejam menggunakan air penawar Darul Syifa’ tersebut ke arah bilik tidur Adra. Mama pula waktu ni dah bersedia untuk membaca surah Yassin. Sebaik sahaja selesai Daddy “memagar” kawasan bilik, Adra pun dah mula berhenti menangis setelah tidak lagi kelihatan “sesuatu” tersebut di dalam rumah.

Sambil mendokong Adra, Daddy masih lagi meneruskan “memagar” keliling rumah. Entah bila, Adra pun berapa nak perasan sangat. Tahu-tahu sahaja dah terlelap di bahu Daddy.

Hm..hari ini semangat Adra masih lagi tak berapa nak ok sangat. Adra harap, “benda” tu takde lagilah mengacau Adra lagi. Takut betul Adra dibuatnya.