Archives

Tinggal Di Kampung Bersama Mama

Minggu sudah, berlanjutan daripada cuti Hari Natal Adra & Mama telah bercuti lama di kampung. Kebetulan Mama pun nak menghabiskan cuti tahunan, jadi bolehlah kitaorang melepak lama sikit di kampung. Daddy pula hanya menghantar kitaorang pada hari Rabu (Hari Natal) dan terus pergi ke pejabat pada awal-awal pagi hari Khamis tersebut.

Memandangkan duduk di kampung, maka banyak jugalah aktiviti yang sempat Adra lakukan selain daripada bermain sahaja. Antaranya, Adra berpeluang untuk membantu Nenek menyiapkan pembuatan kuih Lopes menggunakan daun pisang. Seronok juga sebenarnya walaupun Adra lebih menyibuk daripada menolong..hihi.

Selain daripada itu, sewaktu tinggal di kampung, sempat jugalah Adra merasa buah mangga milik Nenek yang ditanam di depan rumah. Kebetulan waktu pulang ke kampung tersebut, buahnya sedang ranum orang kata. Maka, terus sahaja Adra minta Nenek kait & potong untuk Adra. Manis betul orang kata. Banyak jugalah Adra makan buah mangga itu. Er, tiba-tiba Adra macam tak berapa nak ada idea nak menghabiskan entri kali ini. Kita layan gambar sahajalah iya. 🙂

Payah juga nak kena ikat betul-betul ni

Payah juga nak kena ikat betul-betul ni

Nenek Nia pun ada sama menolong Adra..hihi

Nenek Nia pun ada sama menolong Adra..hihi

Sedapnya..

Sedapnya..

a4

 

Advertisements

Berjalan Ke Penang Sekali Lagi

Sebenarnya kisah ni Adra paparkan lama dulu dah, tapi memandangkan terlupa aja, maka baru sekarang inilah Adra kongsikan untuk semua iye.

Cuti sempena Merdeka baru-baru ini, sekali lagi Adra, Mama dan juga Daddy telah berkunjung ke Penang. Ini merupakan kunjungan kali kedua Adra ke Penang. Tujuannya, Daddy nak menghadiri perhimpunan kereta HIN [Hot Import Night] Penang dan juga balik ke kampung Daddy di Kampung Sg. Kechil Ilir, Bandar Baharu, Kedah.

Kira, pertama kali jugalah Adra ke kampung Daddy ni. Seronok juga bila dapat merasa suasana kampung ni. Tengok pokok keliling rumah, bunyi cengkerik, air sungai, congkak, dan tak lupa juga laksa yang berharga RM1.00. Almaklumlah, kalau kampung Mama kat Melaka sebenarnya lebih kepada kawasan bandar. Nak panggil kawasan tu kampung pun macam segan je.

Tapi sebenarnya, yang menarik sewaktu ke Penang itu hari, kitaorang sempat merasa satu tempat makan yang pengkhususannya adalah satay. Cakap je nak makan satay apa, semua ada di Satay Ah Basri yang berlokasikan di kawasan Bayan Lepas. Menurut kata Daddy, macam tak puas pula makan sikit sangat satay waktu tu. Barangkali akan ada lagi trip ke Penang lagi lepas ni. Adra suka..hihi.

Jom layan gambar sewaktu kunjungan ke Penang tempohari.

Hotel tempat kitaorang menginap

Posing di kawasan hotel

Teruja betul Adra tengok pameran kereta HIN Penang ni

Satay Ayam Black Pepper, Satay Kambing Black Pepper, Satay Sotong & Satay Rusa

Set Nasi Tomato bersama Satay Ayam Tandoori..sedap

Inilah dia Laksa RM1 yang Adra cakap tu

Terer juga Adra main congkak ni

Kawasan kampung

Kawasan kampung lagi

Jalan menuju keluar dari kampung Daddy

Cuti Krismas

Wah, teruja betul Adra rasa sepanjang bulan Disember ni. Banyak betul cuti Adra rasa. Adra fikir, bermula malam ni semua lebuhraya menyusur keluar dari Kuala Lumpur bakal mengalami kesesakan. Esok pun Adra fikir nak mengajak Daddy pulang ke kampung, Melaka. Patutnya nak ajak Daddy balik minggu depan, tapi macam Melaka esok pula.

Untuk yang tidak tahu, kat Melaka ni boleh tahan ramai juga yang menyambut Krismas ni, terutamanya golongan berbangsa Portugis. Entah ada Pakcik Santa ke tidak ke Melaka ni iye. Memandangkan sekarang ni musim cuti Krismas, jangan-jangan nenek nak masakkan ayam turkey masak asam pedas kot untuk Adra esok.

Kisah Ke Singapura – Siri Akhir

Hari Raya Aidiladha di Singpura ni agak kurang meriah sikitlah sebenarnya. Di Singapura, mereka lebih banyak menggunakan kambing sebagai binatang korban berbanding lembu. Tapi kira ok lah kan, lembu kat Malaysia ni pun saiz lebih kurang kambing je yang jadi korban.

Menjelang tengahari, Adra pun mengajak Daddy pergi ke rumah Moyang sebelah Daddy pula di Kallang. Mujur antara Hougang dan Kallang tak berapa nak jauh. Sewaktu sampai sahaja di rumah Moyang, nasi beryani dah pun siap dimasak. Mujur pagi tu Adra dah kenyang makan. Jadi, takdelah Adra nak jamah.

Kawasan Rumah Moyang

Adra tak lama menghabiskan masa di rumah Moyang ni, sebabnya nak berkejar ke rumah Atuk Mail pula di Yishun selepas Zohor tu. Dalam perjalanan ke Yishun tu, Adra cuma tidur sahaja. Maklumlah, semenjak pulang ke kampung sampailah nak pergi ke Singapura ni, waktu tidur Adra memang tak berapa nak cukup. Sampai sahaja di rumah Atuk Mail, pun Adra masih lagi menyambung tidur. Kali ini Adra betul-betul rasa mengantuk.

Malam tu, Adra agak penat juga setelah siangnya puas berjalan. Memang tak susahlah kiranya nak melelapkan mata. Esoknya pula, agak pagi jugalah kitaorang bertolak balik dari Singapura. Er, apa pasal Adra rasa macam tak berapa nak ada mood menulis ni ye? Nak menulis lagi pun macam dah tak berapa nak sedap. Kita layan gambar sahajalah iye.

Adra Sewaktu Bersalam Dengan Tok Busu

Adra Posing Lagi..

Berhadapan Masjid Sultan

Adra Di Rumah Moyang Belah Daddy

Kisah Ke Singapura – Siri 2

Amacam, bengkak kan mata kiri Adra?


Sebenarnya, pagi ni Adra masih lagi tak berapa nak sedap badan. Dedar orang kata. Nak dijadikan cerita, mata belah kanan Adra pula bengkak. Entah semut ke, nyamuk ke yang gigit tak sempat Adra nak periksa.

Setelah bersiap ala kadar, kitaorang memulakan perjalanan lebih kurang jam 7.00 pagi. Perjalanan di waktu pagi ni, kereta memang tak berapa nak banyak. Daddy pun apa lagi, mulalah mengambil kesempatan. Lebih kurang setengah jam kemudian, kitaorang pun sampai dah di hentian rehat Pagoh untuk bersarapan. Bila ditanya kepada Daddy berapa meter kelajuan pada pagi tersebut, Daddy hanya tersengih sahaja. Lantaklah, asalkan selamat sudah, iye tak.

Sewaktu di hentian rehat Pagoh ni, Adra cuma mengambil sarapan yang agak berat jugalah, nasi goreng sama telur goreng. Bimbang pula lapar sepanjang perjalanan. Oh ya, berkaitan rasa sakit yang semalam punya tu. Hari ni dah kurang sikit rasa sakitnya, sebabnya gigi pertama Adra dah tumbuh! Lama betul Adra nak tunggu gigi yang sebatang ni tumbuh.

Selepas selesai bersarapan, kitaorang pun segera menyambung perjalanan. Adra takdelah tidur sangat untuk sesi kedua perjalanan ni. Sebabnya Adra sibuk melayan kartun Upin Ipin yang Mama pasang. Sedar tak sedar, jam 9.45 pagi Adra dah pun sampai ke Exit Gelang Patah. Perh, bukan main laju lagi Daddy memandu. Entah berapalah Daddy tekan pedal minyak tu.

Sewaktu “check point” antara Malaysia dan Singapura pun kitaorang tak menghadapi masalah. Semuanya berjalan lancar sahaja. Cuma kereta agak banyak jugalah yang beratur nak memasuki Singapura. Sebaik sahaja sampai di rumah Moyang belah Mama, kitaorang pun hanya berehat sahaja. Boleh tahan penat juga sebenarnya duk dalam kereta ni lama-lama.

Selepas Zohor, kitaorang semua terus menuju ke Geylang Serai untuk makan tengahari. Mama sibuk nak makan nasi beryani. Tapi memandangkan kitaorang sampai agak lambat juga, nasi beryani dah lama habis. Untuk makluman, nasi beryani bolehlah dikatakan sebagai menu kebangsaan di Singapura. Mana kan tidak, dari pagi membawa ke pagi pun orang masih lagi mencari nasi beryani untuk makan. Menariknya lagi, bangsa Cina sama pun turut sama menggemari nasi beryani ni.

Pada sebelah malamnya, kitaorang pekena pula murtabak yang turut merupakan ikonik kepada Singapura. Memang sedap betul rasa. Biasa juga Daddy beli murtabak jenama Singpura ni kat KL tapi lebih kepada rasa roti telur sahaja. Daging entah ke mana. Malam ni jugalah kitaorang dapat pekena nasi beryani yang siangnya tak dapat nak merasa. Harganya pun takdelah mahal mana. Kira puas jugalah makan tambahan pula Atuk Mail [Atuk Mail ni merupakan kawan kepada Moyang Adra] yang belanja kitaorang makan tu. Masa malam ni jugalah Adra dapat jumpa balik Abang Mahathir. Itu hari jumpa masa Adra baru berusia enam bulan ke tujuh bulan tah Adra tak berapa nak ingat. Dapat jugalah sembang-sembang. Kalau jadi, mungkin Abang Mahathir mungkin nak datang KL minggu depan satu keluarga. Kalau jadi datang, bolehlah giliran Adra nak membawa mereka berjalan-jalan sekitar KL pula.

Nak Pinjam PSP Boleh?

Kisah Ke Singapura – Siri 1

Memulakan perjalanan untuk ke pulang ke Melaka, kitaorang bergerak agak lambat juga sebenarnya sekitar jam 8 malam. Turut serta pulang ke Melaka adalah Auntie Niza. Sewaktu Daddy memasuki Jalan Tun Razak, kelihatan kereta memang bersepah. Mujur juga Daddy membuat keputusan bijak dengan memilih kombinasi lebuhraya MEX untuk menuju ke Putrajaya terlebih dahulu sebelum menyambung perjalanan menggunakan lebuhraya PLUS.

Sepanjang perjalanan, Adra memang betul-betul rasa tak sedap badan. Kejap rasa berdenyut, kejap rasa sakit. Serba tak kena dibuatnya. Bayangkan, boleh dikatakan sepanjang perjalanan Adra lebih banyak merengek daripada tidur. Walhal, ikutkan sekitar jam 9 malam adalah merupakan waktu lena Adra. Puas jugalah Mama memujuk Adra. Terfikri juga nak minta Daddy pujukkan, tapi memandangkan Daddy tengah memandu Adra diamkan sahaja. Mujur juga sewaktu berhenti rehat di Seremban, dapat juga Adra bermanja minta Daddy pujukkan sikit.

Tapi rengekan dan tangisan hanya seketika sahaja, sebaik sahaja kereta mula bergerak, sakit dan rasa berdenyut ni kembali datang. Sakit betul rasa. Dahlah dengan badan Adra pun terasa panas macam nak demam. Alahai, macam jauh lagi rasa nak sampai Melaka ni.

Entah macam mana, bila mana Daddy mula menghampiri Plaza Tol Ayer Keroh, Adra betul-betul rasa mengantuk dan terus terlelap. Lepas tu, jangan harap Adra nak sedap apa. Sedar-sedar sahaja, Mama dah kejutkan Adra suruh Adra mandi dan bersiap untuk bertolak ke Singapura pagi esoknya.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Malam ni selepas Daddy dan Mama balik dari kerja, kitaorang dah rancang nak pulang ke kampung Melaka terlebih dahulu, kemudian esok subuh hari baru bertolak ke Singapura. Memandangkan semua orang kerja, maka dah menjadi tanggungjawab untuk Adra mengemas beg seorang diri. Boleh tahan banyak juga benda yang nak dibawa. Penat juga sebenarnya mengemas beg seorang diri ni. Waktu kat Singapura nanti, bolehlah Adra menjenguk kedua Moyang Adra di sana. Rasa macam tak sabar pula nak ke Singapura lagi. Tahun sudah waktu ke Singapura Adra pun kecil lagi, baru berusia 3 bulan. Nak isi borang buat pasport pun Adra tak reti lagi.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidiadha ni, Adra harapkan semuanya selamat dalam perjalanan iye. Pandu cermat, jiwa selamat, cheewah.