Archives

Lawatan Tadika Pasti As-Syafie 2016

Sebagai budak yang bersekolah tadika, lawatan sambil belajar ini adalah satu aktiviti yang boleh dikira wajib. Pergi ke Zoo misalannya adalah antara tempat yang harus dikunjungi. Mungkin juga budak-budak sebaya Adra ini semakin jarang berpeluang untuk melihat binatang. Makanya, tanggal 27hb Februari lepas Adra telah pun berpeluang untuk mengikuti Lawatan Tadika Pasti bagi tahun 2016 ini. Itu yang serononya bila dah bersekolah ni, merasa juga hang-out dengan kawan-kawan sebaya. Iyalah, kalau tak ada alasan yang kuat sebegini, jangan haraplah Daddy & Mama nak izinkan Adra keluar tanpa ditemani mereka.

z6

Oklah, marilah kita sambung kisah yang dah berminggu berlalu ini. Seawal jam 7.15 Adra telahpun dihantar ke sekolah untuk berkumpul bersama rakan-rakan yang lain sebelum mula bergerak menuju ke lokasi pertama lawatan, Balai Bomba yang terletak di Serdang ke apa nama entah Adra pun  dah lupa..hihihi. Tidak berapa lama berkumpul, akhirnya bas rombongan pun tiba di perkarangan Tadika Pasti. Apa lagi, semuanya berasa gembira. Tak sabar hendak menaiki bas yang telah disewa khas. Sebagai sekolah tadika yang berunsurkan agama ini, maka sudah tentu disiplin sebagai umat yang berugama juga itu penting. Maka beraturlah Adra dan rakan-rakan yang lain sebelum dibenarkan memanjat tangga bas.

z3

z1

z7

Naik sahaja ke dalam bas, masing-masing duduk dengan rakan pilihan hati masing-masing. Mujur juga Cikgu Dalila sudi untuk menemani Adra, eceh! Sempat selfie satu kali 🙂 . Adra kalau nak diikutkan, memang ngam jugalah dengan Cikgu Dalila ini. Kalau ikut carta cikgu di Pasti As-Syafie ini, Cikgu Dalila ini serupa Guru Penolong Kanan jugalah. Sikitlah lagi nak dapat level Pengetua. Tak berapa lama kemudian, sampailah kitaorang ke destinasi pertama, Balai Bomba yang terletak di Serdang. Balai Bomba ini pun salah satu lokasi pilihan cikgu-cikgu Tadika. Teruja juga sebetulnya dapat melihat dari dekat Kereta Bomba yang sebenarnya merupakan sebuah trak ini. Di sini, kitaorang turut ditunjukkan cara-cara memadamkan api secara ringkas. Berpeluang melihat secara dekat Balai Bomba ini merupakan pengalaman yang menarik yang seronok juga. Entah-entah ada rakan-rakan Adra yang dah pun berminat nak menjadi Anggota Pegawai Bomba ini selepas ini.

z9

z10

z13

Selesai melawat Balai Bomba, kitaorang pun mula menuju ke destinasi kedua, Farm In The City yang tidak berjauhan daripada Balai Bomba tadi. Tempat yang berorientasikan binatang ini juga merupakan pilihan yang tempat untuk anak-anak seperti Adra berasa teruja. Tidak jauh bezanya dengan konsep Zoo, Farm In The City rasanya lebih mesra binatang. Tiada sebarang protokol untuk melihat binatang secara lebih dekat dan rapat. Nak usap kepala binatang pun boleh. Cuma berani dengan tidak sahajalah kan.

Selesai menjelajah tempat ala zoo ini, para cikgu pun membawa kitaorang untuk menjamu selera di sebuah restoran bagi mengisi perut sebelum bertolak pulang semula. Walaupun penat dengan cuaca yang panas, namun keseronokkan Adra dan kawan-kawan berada pada tahap optimum pada hari tersebut. Terima kasih buat semua cikgu kerana sudi menjaga kami semua 🙂

Sumber Gambar : Cikgu Dalila

z8

Advertisements

Terima Kasih Tadika Auza

Tadika Auza - Kelas 5 Tahun

Tadika Auza – Kelas 5 Tahun

2015 sudah pun menghampiri ke penghujungnya. Memang terasa pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar, buat anak kecil sebaya Adra, sudah tentu isu per-tadika-an akan menjadi persoalan hangat diperkatakan. Dengan rasa berat hati, untuk sesi 2017 Adra tidak lagi akan bersekolah di Tadika Auza. Tahun hadapan Adra bakal bersekolah di tempat baharu pula.

Keputusan yang sukar ini dibuat setelah melalui sesi perbincangan yang rapi antara Daddy & Mama. Adra yakin, keputusan yang dibuat ini pasti juga terbaik buat Adra. 2 tahun lamanya Adra menimba ilmu di Tadika Auza, menjadikan Adra cukup selesa bersamanya. Banyak juga yang Adra telah pelajari. Adra senang dengan para guru yang rajin membimbing dan mendidik Adra. Begitu juga Sir Nordin & Ummi (pemilik Tadika Auza) yang cukup sporting melayan kerenah Adra ini. Begitu juga dengan rakan-rakan setadika. Seronok dapat berkenalan dengan semuanya. Ribuan terima kasih Adra ucapkan. Mohon dihalalkan segala ilmu yang telah diajarkan. Semoga Tadika Auza akan terus maju jaya di masa hadapan. Insya Allah 🙂

Ada gaya seorang Tuan Doktor kan..hihihi!

Ada gaya seorang Tuan Doktor kan..hihihi!

Kisah Adra & Aisyah

Adra & Aisyah di kala usia setahun

Adra & Aisyah di kala usia setahun

Rasanya pembaca blog Adra ini mengetahui tentang hubungan baik Adra & Aisyah. Adra telah mula berkawan dengan Aisyah ini sebetulnya lama jugalah. Dari kecil hinggalah ke usia 5 tahun, pun masih berkawan. Cuma nak berjumpa selalu tu macam sedikit sukarlah. Akan tetapi, bila mana dapat bersua, memang tak mengambil masa untuk kembali ngam. Walaupun Adra & Aisyah ini mempunyai karektor yang hampir sama, dua-dua jenis dominan dalam segala hal, akan tetapi kitaorang “boleh masuk” orang kata. Bukan jenis yang bertelagah.

Baru-baru ini Adra sekali lagi berpeluang untuk berjumpa dengan Aisyah. Sebetulnya Aisyah ini juga baru mendapat adik perempuan yang baharu, sama seperti Adra. Aina namanya. Kali terakhir jumpa pun masa berkunjung Hari Raya tempohari. Seronok jugalah dapat jumpa dan bermain dengan Aisyah semula. Lepas ini entah bila lagilah nak dapat jumpa kan. Mungkin lepas-lepas ni boleh setting balik nak hangout bersama 🙂

Moga-moga Afia & Aina juga boleh ngam sama seperti Adra & Aisyah..hihi.

Gambar paling baharu : Adra & Aisyah

Gambar paling baharu : Adra & Aisyah

Adra & Aisyah sekitar usia 3 tahun

Adra & Aisyah sekitar usia 3 tahun

Aina & Afia

 Gambar Aina & Afia pula

 

EAD Outing Day 2015 – Hari Kedua

Selamat pagi

Selamat pagi

Hari Kedua ini Adra sedikit bersemangat untuk bangun awal walaupun letih semalam bermain air tak hilang lagi. Pagi ini ada acara Sukaneka untuk kesemua peserta. Bersemangat waja bilamana Adra mengenakan baju berwarna Merah. Ikut tema katanya.

Acara Sukaneka dimulakan sebaik sahaja kesemua peserta bersarapan sekitar jam 8.30 pagi. Walaupun tewas, namun Adra tidaklah pula berasa sedih. Yang penting, Adra cukup berseronok dapat berkumpul dalam suasana yang cukup santai. Cumanya acara Sukaneka untuk kanak-kanak seperti Adra ini hanya ada satu sahaja. Barangkali boleh diperbanyakkan lagi acara untuk lain masa.

Sekitar jam 11.00 pagi barulah tamat kesemua acara Sukanena yang dipertandingkan. Maka, acara bermain air di kolam pun kembali berlangsung dengan meriahnya. Adra tidak terkecuali untuk mengajak Daddy menemani. Terlupa sebentar yang cuaca agak panas sebenarnya melanda Melaka pada waktu itu.

Lebih kurang jam 1.00 tengahari, para peserta mula untuk Daftar Keluar dan meninggalkan d’Alai Homestay. Walaupun agak keletihan, tapi ternyata kitaorang semua bergembira sepanjang dua hari tersebut.

Jom kita layan gambar pada hari kejadian. (Sumber gambar adalah milik Daddy)

Bersiap sedia untuk memulakan cabaran

Bersiap sedia untuk memulakan cabaran

Hm..nak rebut gula-gula yang mana ya?

Hm..nak rebut gula-gula yang mana ya?

Posing bersama Mama kejap

Muka bosan sebenarnya..acara untuk Adra ada satu sahaja 😦

Dapat hadiah..yeay!

Dapat hadiah..yeay!

Sudahnya Adra terjun ke kolam bersama Daddy..hihi

Sudahnya Adra terjun ke kolam bersama Daddy..hihi

Mandi di kolam lain pula..seronok!

Mandi di kolam lain pula..seronok!

 

EAD Outing Day 2015 – Hari Pertama

adra

Hujung minggu yang lalu tanggal 17-18 Januari 2015 Adra berpeluang untuk mengikuti program santai anjuran jabatan di pejabat Daddy bertempat di d’Alai Homestay, Melaka. Program 2 hari 1 malam yang dianjurkan secara indie melalui kutipan / dana sendiri lebih bersifat untuk berkumpul bersama ahli keluarga jabatan di tempat Daddy bekerja. Adra ok sahaja apabila dimaklumkan untuk menyertai program sebegini. Tambahan pula tempat tersebut turut mempunyai Kolam Renang.

Kitaorang mula tiba di lokasi kejadian sekitar jam 2.30 petang, di mana kelihatan para peserta mula menjamu selera makan tengahari yang dihidangkan secara Pot Luck sesama mereka. Sebaik sahaja selesai urusan pemakanan, kitaorang pun mula menuju ke bilik untuk bersalin pakaian, dek kerana tak mampu menahan panggilan Kolam Renang. Terus sahaja Adra bersalin pakaian dan mengajak Daddy untuk menemani Adra bermain air seawal jam 3.30 petang. Tengah rembang orang kata. Tapi itu semua bukanlah alasan. Panas pun sanggup Adra redahi. Ternyata bukan Adra sahaja yang sanggup untuk berjemur, tetapi beberapa kanak-kanak turut menyertai sejurus kemudiannya. Seronok jangan cakaplah. Lama sungguh Adra tak pekena bermain air sebegini.

Pada malamnya pula masing-masing menikmati malam malam ala BBQ. Memang seronok Adra perati masing-masing dapat berkumpul sambil bersembang secara santai. Adra juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan rakan sebaya dan juga rakan dua-baya. Paling seronok dapat berjumpa dan bersembang dengan Aisyah. Aisyah ini merupakan kenalan lama Adra semasa masih kecil lagi..eceh.

Menjelang lewat tengahmalam, masing-masing pun kembali ke bilik untuk berehat kerana keesokkannya ada acara Sukaneka yang perlu disertai pula.

Bersama Aisyah di kolam

Bersama Aisyah di kolam

Menikmati hidangan tengahari

Menikmati hidangan tengahari

Makam malam bersama Aisyah

Makam malam bersama Aisyah

Ayam BBQ yang sedap

Ayam BBQ yang sedap

 

 

Kunjungan Perunding Insuran/Takaful Terkemuka

SAMSUNG

Fuh, lama sungguh Adra tidak mengemaskini entri blog. Mood menulis memang hilang entah ke mana. Kalau mood nak ke sekolah pun tak berapa nak ada, inikan pula mood nak menulis..hihi. Kali ini Adra nak kongsikan tentang cerita beberapa minggu sudah. Kisahnya apabila Adra telahpun menerima kunjungan hormat daripada Perunding Insuran/Takaful terkemuka En. Nazim yang juga merupakan bekas seorang Executor, sama seperti Daddy suatu ketika dahulu. Tujuan kunjungan ini lebih bertujuan untuk berkongsi dengan kitaorang tentang mengapa perlunya kita semua mengambil perlindungan, Kad Perubatan misalannya demi masa depan.

Lena sungguh si kecil ini tidur

Lena sungguh si kecil ini tidur

Kehadiran En. Nazim berserta isterinya, Auntie Ila dan puteri sulung mereka, Syaurah disambut dengan lapang dada oleh Daddy & Mama. Adra seronok juga dapat bermain dengan anak kecil ini. Comel sahaja.  Baby comel ini juga sempat melelapkan mata sementara menantikan Uncle Nazim selesai menerangkan produknya.

Akhirnya, Mama pun bersetuju untuk menjadikan Uncle Nazim sebagai Ejen untuk produk perlindungan yang dilanggan. Untuk Adra, Mama dah lama langgan sewaktu Adra masih kecil lagi. Merasa jugalah elaun masuk wad dulu kala..hihi. Jadi, buat anda di luar sana yang memerlukan khidmat nasihat berkenaan perlindungan / kad perubatan, sila hubungi Uncle Nazim ini di talian 019-7758381. Insya Allah, setakat ini menurut kata Daddy, Uncle Nazim ini memang jenis yang rajin menjaga pelanggan. Moga Uncle Nazim terus maju jaya.

Gaya bapa mithali kan..

Gaya bapa mithali kan..

Selamat Pengantin Baharu Auntie Zetty

Selamat Pengantin Baharu !!

Selamat Pengantin Baharu !!

Sabtu lepas sesudah urusan pendaftaran Tadika Adra berjalan dengan lancar, terus sahaja Adra bersiap di rumah Tok untuk menghadiri majlis resepsi Auntie Zetty di Kuala Selangor. Auntie Zetty ini sebenarnya merupakan antara kawan baik Acu Mira, selain daripada Auntie Tya. Auntie Zetty ini boleh dikirakan dah macam ahli keluarga kitaorang jugalah sebab dari sebelum Acu Mira kahwin lagi Auntie Zetty ini memang dah biasa berkunjung ke rumah Tok. Malah, Auntie Zetty turut memanggil Tok dengan gelaran Mama, seperti Acu Mira juga. Kira memang rapatlah. Maka, bila dapat tahu Auntie Zetty nak melangsungkan perkahwinan, maka Adra turut juga merasa gembira.

Maka, pada Sabtu lepas Adra, Daddy, Mama, Tok, Tokwan, Acu Mira & Aliff Mikael (Acu Erul tidak dapat ikut kitaorang kerana bekerja) pun bergerak menuju ke Kuala Selangor sekitar jam 11.00 pagi dengan menaiki Alza. Kira ngam-ngam jugalah muat semua orang. Kira macam tak sia-sialah Daddy memilih Alza ini sebagai kenderaan seharian. Lebih kurang 12.20 kitaorang dah pun sampai ke Kuala Selangor dengan menggunakan Lebuhraya LATAR yang tersangatlah mahal untuk membayar Tol yang berjumlah keseluruhan RM6.00 untuk jarak yang tidaklah berapa jauh sebenarnya.

Memandangkan kitaorang sampai agak awal, tetamu yang hadir pun tidaklah sebegitu ramai. Ini memudahkan urusan pemakanan berjalan dengan lancar. Seperti biasa, lauk yang Adra makan sewaktu menghadiri majlis sebegini hanyalah nasi kosong berserta lauk ayam goreng sahaja. Cukup. Mujur juga nasi kenduri di rumah Auntie Zetty ini sedap. Makan sebegitu pun dah buat Adra berselera sebenarnya.

Tidak berapa lama kemudian, kira-kira sesudah kitaorang habis menjamah, pengumunan dibuat menyatakan bahawa pengantin sudah bersedia untuk berarak masuk pelamin. Adra pun tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat Auntie Zetty dan pasangannya. Sama cantik dan sama padan orang kata. Selamat Pengantin Baharu Adra ucapkan. Moga berkekalan hendaknya. Amin. 🙂

Lengang..hihi

Lengang..hihi

Aliff bersama Tok Mami @ Mami Auntie Zetty

Aliff bersama Tok Mami @ Mami Auntie Zetty

Jauhnya menung Adra

Jauhnya menung Adra

Menu Adra

Menu Adra

Aliff bersama Tokwan

Aliff bersama Tokwan

Manja sungguh si Aliff dengan Daddy

Manja sungguh si Aliff dengan Daddy

Pose dari Adra pula

Pose dari Adra pula

Ok dah jom pulang. Panas.

Ok dah jom pulang. Panas.