Archives

Entri Hari Raya Eidulfitri 2016

Adra9

Rasanya macam dah lambat sangat untuk Adra mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri buat semua. Maaf, tahun ini memang tiada entri bersempena Bulan Ramadhan memandangkan Adra masih lagi tidak berpuasa. Entahlah, belum sampai seru lagi orang kata. Harap-harapnya tahun hadapan Adra dah benar-benar bersedia untuk menjalani ibadah puasa ini, Insya Allah.

Jadinya, marilah kita ke entri berkenaan Hari Raya Eidulfitri. Tahun ini merupakan giliran untuk kitaorang beraya bersama Tok & Tokwan terlebih dahulu. Jadi bermalamlah kitaorang di rumah Tok pada malam raya tersebut. Nak dijadikan cerita, pada malamnya Adra dah mula rasa sakit tekak macam nak demam. Ternyata, pada keesokkannya Adra betul-betul mengalami sakit tekak. Bila dah sakit tekak ni, mood Adra untuk beraya ini pun mulalah lari. Nak pakai baju raya pun macam nak berapa nak ada mood. Apatah lagi nak menjamah makanan yang telah tersedia. Membiarkan yang lain sibuk bergambar, Adra hanya duduk sendirian melayan perasaan. Setelah puas dipujuk Tokwan, barulah Adra sedikit bersemangat nak menyambut Hari Raya kembali. Jadilah, sarung sekejap Jubah Raya yang telah dibelikan Nenek tempohari buat bergambar dengan ahli keluarga.

Manakala, pada keesokkan Raya Keduanya, kitaorang dah pun mula bergerak pulang ke Melaka. Mujur juga Adra dah kembali sihat. Baru sedap sikit nak berjalan sambil salam cium tangan dapat duit raya, hihihi! Di Melaka, boleh tahan banyak jugalah rumah saudara-mara yang sempat Adra kunjungi. Memang menjadi rutinlah berziarah rumah sanak dan saudara di kawasan Klebang, Tangga Batu, Sg Rambai, Pokok Mangga dan tak lupa juga kawasan Lorong Pandan. Walaupun penat, tapi  Adra berasa seronok. Apatah lagi tahun ini diserikan lagi dengan kehadiran Afia yang comel itu 🙂

Jomlah kita layan gambar sebagai penutup kepada entri Raya kali ini.

Adra10

Entah apalah yang dipelikkan si Afia ni..hihihi!

Entah apalah yang dipelikkan si Afia ni..hihihi!

Selamat Hari Raya Tokwan

Selamat Hari Raya Tokwan

Mujur ada juga gambar bersama si comel ni

Mujur ada juga gambar bersama si comel ni

Ok, masa untuk ber'selfie' berjemaah

Ok, masa untuk ber’selfie’ berjemaah

Ok, salin balik kepada baju yang selesa Adra pakai

Ok, salin balik kepada baju yang selesa Adra pakai

 

Gambar beraya di Melaka pula

Gambar beraya di Melaka pula

Inilah keluarga Adra

Inilah keluarga Adra

Dady & Mama yang Adra sayangi

Dady & Mama yang Adra sayangi

Gambar bersama Moyang..itupun hujung-hujung aja..hihihi

Gambar bersama Moyang..itupun hujung-hujung aja..hihihi

Advertisements

Bercuti Di Melaka Bersama Tok & Tokwan

boleh tahan bersepah juga kenderaan

boleh tahan bersepah juga kenderaan

Isk..isk..isk..ke Melaka lagi rupanya Adra. Mesti ada yang sedikit hairan, asyik-asyik Melaka sahaja tempat bercutinya. Bukannya apa, sebenarnya tujuan mengajak Tok & Tokwan ke Melaka sebab Tokwan agak lama juga tidak pulang ke kampung di Tangga Batu, Melaka. Tokwan yang dilahirkan di Melaka sememangnya mempunyai ramai saudara-mara di Melaka. Jadi, bersempena dengan cuti Tahun Baru Cina, maka ke Melaka lah kitaorang dengan menaiki kereta Daddy. Cumanya kitaorang ke Melaka pada hari Ahad-Isnin demi untuk mengelakkan kesesakan lalulintas bersempena cuti perayaan kali ini. Cuma kenderaan masih juga banyak terutamanya ketika berhenti di kawasan Rawat & Rehat.

Dah sampai..Yeay!

Dah sampai..Yeay!

Tersandar kekenyangan si Afia sesudah meminum susu sebelumnya

Tersandar kekenyangan si Afia sesudah meminum susu sebelumnya

Adra sedang mengetuai sesi pembacaan doa sebelum makan

Adra sedang mengetuai sesi pembacaan doa sebelum makan

Ok juga dia punya rasa

Ok juga dia punya rasa

Sampai di Melaka pun menjelang hampir waktu makan tenghari, maka sudah tentulah lokasi yang ditujui adalah kedai makan demi mengisi perut yang kosong sesudah bersarapan ala kadar sebelum memulakan perjalanan. Lokasi pertama yang ditujui adalah Restoran BP – Beriani Power Cawangan Melaka. Daddy yang beria-ia mengajak ke sini. Adra pun ok aja, yang penting dapat makan nasi waktu tengahari. Mujur Nasi Beriani Gam yang dipesan cukup gamnya. Sedap orang kata. Semua orang menikmatinya dengan tenang. Afia pula hanya mampu memerhatikan sahaja. Kasihan. Walaupun mulut terkumat-kamit memerhatikan kitaorang makan. Ada hati nak makan sama barangkali. Hihihi.

Setiap kali raya memang lokasi pertama wajib pertama dikunjungi

Setiap kali raya memang lokasi pertama wajib pertama dikunjungi

Tokwan sempat melelapkan mata berehat sebentar

Tokwan sempat melelapkan mata berehat sebentar

Teruja sebenarnya dapat menyentuk Daun Semalu

Teruja sebenarnya dapat menyentuk Daun Semalu

Sebelum pulang kita posing satu kali

Sebelum pulang kita posing satu kali

Selesai makan, terus sahaja kitaorang menuju ke arah Tangga Batu, kampung Tokwan. Sebenarnya Adra beberapa kali juga ke sini. Menjenguk Moyang Timah (Nenek saudara belah Daddy merangkap pangkat Mokteh kepada Tokwan..er, faham ke tak ni??). Adra sememangnya suka ke sini, sebab ianya menjanjikan suasana kampung yang sebenar. Ada laman yang lapang. Pokok di halaman rumah. Anak ayam berlarian di tepi rumah. Epik. Memang tak jumpa buat mereka yang tinggal di bandar apatah lagi yang tinggal di rumah jenis berpangsa. Teruja dapat menyentuh Daun Semalu pun jangan cakaplah. Habis semua Adra nak sentuh bagi dia kuncup..hihihi!

Yeay sekali lagi. Dah sampai hotel

Yeay sekali lagi. Dah sampai hotel

Masing-masing muka gembira

Masing-masing muka gembira

Gambar kami

Gambar kami

Permandangan dari tingkat 14 mengadap Sungai Melaka di hujungnya

Permandangan dari tingkat 14 mengadap Sungai Melaka di hujungnya

Menghabiskan masa hampir 2 jam, kitaorang pun meminta izin untuk mengundur diri. Menuju ke Hotel Avillion Legacy Melaka sebagai tempat penginapan untuk semalaman berikutnya. Daddy telahpun menempah hotel ini sebulan awal, percutian ringkas ini bertujuan untuk membawa Tok & Tokwan bercuti & berehat setelah penat menjaga Adra sebelumnya. Adra seperti biasa memang teruja bila dapat tidur di hotel ini. Feel dia lain macam sikit. Mujur juga kali ini urusan daftar masuk tidak menghadapi kesulitan seperti mana bercuti di Swiss-Garden Melaka tempohari. Walau ruangan parkir kelihatan agak penuh, namun masih punya ruang kosong.

Ok, masanya untuk bermain air tapi tak ada orang sangat

Ok, masanya untuk bermain air tapi tak ada orang sangat

Selesai sahaja urusan Daftar Masuk, tanpa berlengah waima seminit pun kitaorang terus sahaja menuju ke bilik. Seperti biasa, rasa teruja setiap kali masuk ke bilik hotel memang tidak dapat dibendung lagi. Afia yang kecil itu pun sudah pandai memberikan reaksi seronok bila diletakkan atas katil hotel..hihihi! Adra pula memang tak menunggu lama untuk mengajak Daddy menemani Adra ke Kolam Mandi sebaik sahaja meletakkan beg. Memang rutin kalau ke hotel, ke Kolam Mandi seperti sudah menjadi kewajipan buat anak-anak sebaya Adra. Walaupun Kolam Mandi di hotel ini agak kecil untuk kanak-kanak, namun ianya tidak menjadi batu penghalang kepada rasa gembira hati ini. Orang pun tidak ramai. Sedap sikit nak main air orang kata.

Pintu Gerbang Crystal Bay, Alai

Pintu Gerbang Crystal Bay, Alai

Gerai Ala Kassim menjadi pilihan

Gerai Ala… Kassim menjadi pilihan. Siapa pula Kasssim tidaklah pula diketahui

Pekena YouTube dahulu sementara menantikan makanan sampai

Pekena YouTube dahulu sementara menantikan makanan sampai

Wafa bersama Daddy nya

Wafa bersama Daddy nya

Sesi makan besar sedang berlangsung

Sesi makan besar sedang berlangsung

Tidak lama bermain air, terus pula Daddy mengajak Adra naik ke bilik untuk bersiap-siap kerana kitaorang akan ke Alai untuk pekena Ikan Bakar pula. Harus bergerak awal kerana pada musim cuti yang panjang, kesesakan lalu lintas yang melanda Kota Melaka ini bukan calang-calang. Iman kena kuat nak tempuh Iblis Jem ini, kata Daddy. Jadi, seawal jam 6.30 kitaorang sudah pun bergerak menuju Medan Ikan Bakar yang terletak di Alai. Mujur juga bertolak awal, jadi mudah jugalah nak cari parkir kereta dan juga meja makan. Sesi pemakanan besar ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Wafa dan kedua orang tuanya, BikNiza & Uncle K. Mamang Anip pula hanya keseorangan tanpa ditemani si Sufi. Tidak mengapalah, yang penting Adra sudah pun mula lapar sebetulnya menantikan lauk ikan bakar yang dipesan agak lewat penghantarannya. Sudahnya, Adra hanya memakan nasi lemak kosong sahaja tanpa sebarang lauk sebagai hidangan sampingan. Ternyata, Tok & Tokwan yang pertama kali ke sini kelihatan agak gembira juga dapat makan besar pekena Ikan Bakar di Melaka ini. Sekitar jam 8.45, kitaorang pun kembali semula ke hotel untuk berehat setelah letih seharian keluar. 🙂

Bersiap sedia untuk tidur. Selamat malam..

Bersiap sedia untuk tidur. Selamat malam..

Sibuk Menjaga Afia

ADRA

Fuh, kali ni memang betul-betul lama sungguh Adra tidak mengemaskini entri di blog. Sibuk menjaga si Afia sebetulnya. Maklumlah, semenjak punya adik kecil ini, sudah tentulah ada sedikit perubahan dalam kehidupan Adra. Masa untuk bermain juga kadang harus dikurangkan, demi untuk menjaga Afia. Sekarang ini tugasan menjaga Afia turut dipikul Adra. Tolong agah Afia bagi dia diam sewaktu Mama menukar lampin pakai buang turut menjadi tugasan buat Adra. Cuma nak bancuh susu buat Afia sahaja Adra belum reti lagi. Tengoklah sebulan dua lagi bagaimana.

Mujur juga Afia ini jenis yang baik juga bila dengan Adra. Barangkali berkat, dia mendengar kata-kata Adra semenjak dalam perut lagi, maka sudah tentulah dia mengecam suara kakak dia..hihi. Afia ini pula, pantang betul kalau mendengar suara Adra, mesti nak tertoleh-toleh mencari Adra. Sayang betul Afia dengan Adra. Si Afia pun dah pandai nak bagi respon tiap kali Adra panggil. Banyak sangat kot yang hendak si Afia ni ceritakan pada Adra. Membesarlah kamu wahai Afia di bawah lindungaNya. Kakak sayang Adik sangat-sangat 🙂

Sayang Afia!

Sayang Afia!

Dapat Adik Baharu

ad2

Alhamdulillah, yang dinantikan sekian lama akhirnya muncul juga. Adik Adra, telahpun selamat dilahirkan tanggal 05/09/2015 yang lalu. Seronok jugalah, walaupun pada hari kejadian agak sedikit kelam-kabut dengan Daddy, namun semuanya telah pun selamat. Adra pun buat masa ini agak sibuk sedikit untuk menjaga si comel ini

Cuma buat masa ini, bayi yang diberi nama Afia Nur Hayani ini masih lagi menjalani ibadah Jaundis @ Kuning. Walaupun bacaanya tidaklah terlalu tinggi, sekitar 12 namun bacaannya yang sering  turun naik itu sedikit memberikan rasa gusar kepada seluruh ahli keluarga yang lain.

Moga-moga Afia terus sihat dan membesar di bawah lindunganNya, Amin

Majlis Sambutan Ulang Tahun Adra Yang Ke 5

a3

Majlis ini sebetulnya telah pun berlangsung di awal Hari Raya tempohari, dibuat awal di Melaka beberapa hari sebelum tanggal 21hb Julai yang lalu. Majlis yang berkonsep indie ini hanya dihadiri beberapa keluarga rapat di sebelah Nenek sahaja. Memadailah sebab majlis ini sebetulnya tidaklah dirancang sangat. Berkebetulan jatuh dalam bulan Raya ini dan kebetulan Adra masih berada di Melaka tempohari.

Selain daripada Kek Frozen yang telah ditaja oleh BikNiza, hidangan Nasi Lemak berserta Karipap turut dijamu kepada tetamu yang hadir. Jutaan terima kasih Adra ucapkan kepada semua yang hadir serta mendoakan kesejahteraan buat Adra. Seronok juga dapat berkumpul sesama ahli keluarga yang lain dalam majlis sebegini 🙂 .

Kek Cawan yang comel

Kek Cawan yang comel

a4

Perasan comel macam Elsa kejap..hihi

a5

Masing-masing berebutkan kek

Antara juadah yang dihidangkan

Antara juadah yang dihidangkan

BikNiza & Mamang Falah

BikNiza & Mamang Falah

Gambar keluarga

Gambar keluarga

 

Raya Kedua 2015

Posing dulu sebelum keluar beraya..hihi

Posing dulu sebelum keluar beraya..hihi

Untuk Raya Kedua ini, memang menjadi rutinnya kitaorang akan mula bergerak beraya untuk menziarahi sanak dan saudara. Mujur juga kali ini sempat bergambar, cumanya tak adalah bergambar bersama Baju Raya.  Lebih kurang jam 10.30 pagi, kitaorang mula menuju ke  rumah Nenek Saudara (Tokwan punya Emak Saudara, merangkap adik kepada Arwah Moyang belah Daddy) yang terletak di Tangga Batu sebagai lokasi pertama. Lokasi ini merupakan lokasi rutin untuk rumah pertama yang dikunjungi diikuti lain-lain rumah saudara-mara berdasarkan faktor lokasi mengikut susunan.

Perjalanan Raya Kedua ini menjangkau sehingga ke lewat petang jugalah. Penat memang penatlah. Sampai terlelap Adra dalam kereta nak masuk ke dalam rumah orang pun rasa macam tak larat sangat. Minta Daddy pasangkan penghawa dingin dalam kereta, kira sampai sepuluh, terus terlelap. Tapi seronok. Seronok bagi budak-budak sebaya Adra ini cuma Duit Raya sahajalah..hihi.

Jomlah kita layan antara gambar yang sempat diambil 🙂

Gaya model pula Adra ini, eceh

Gaya model pula Adra ini, eceh

d4

Keluarga kitaorang bersama Nenek

d5

Keluarga BikNiza bersama Nenek

d6

Keluarga Mamang Anip bersama Nenek

d8

Macam cemburu aja si Wafa ni dengan Adra..hihi

d9a

Ini barulah kampung

Humaira Wafa sedang menikmati status cucu bongsu lagi buat masa ini

Humaira Wafa sedang menikmati status cucu bongsu lagi buat masa ini

Bergambar bersama si manja Sufi Hafriz yang lasak juga

Bergambar bersama si manja Sufi Hafriz yang lasak juga

Masa untuk melelapkan mata seketika..letih

Masa untuk melelapkan mata seketika..letih

 

 

Entri Hari Raya 2015: Raya Pertama

Sekali lagi Adra menyepi dari mengemaskini entri. Sibuk beraya sana sini barangkali. Jadi baiklah, mari Adra kongsikan sedikit kisah beraya tahun ini di Melaka. Sebetulnya, rutin beraya di Melaka sememangnya agak kelam kabut sikit. Percaya atau tidak, tiada gambar keluarga yang dapat diambil pagi Hari Raya kali ini.. 😦

Seawal jam 7.30 kitaorang dah bergegas untuk menuju ke rumah Moyang yang tidak jauh dari rumah Nenek setelah bersiap dan melawa di pagi Hari Raya (Kampung Limbongan : Rumah Moyang). Mujur juga upacara bermaafan sempat juga dilakukan walaupun dalam keadaan kelam kabut. Singgah sebentar di rumah Moyang, kitaorang yang perempuan ini tinggal sebentar untuk bersembang sepatah dua kata, membiarkan Daddy untuk bergegas ke Masjid menunaikan Solat Sunat Eidilfitri.

Pulang semula ke rumah, Adra dah mula rasa tak selesa memandangkan cuaca Melaka yang agak panas waima baru jam 9.00 pagi panas serupa Ladang Tebu kat Perlis nu. Terus sahaja Adra minta Mama salinkan t-shirt. Jadi bilamana Daddy pulang dari Masjid untuk bergambar, ternyata Daddy kelihatan sedikit kecewa. Maaf Daddy, cuaca tidak begitu mengizinkan untuk Adra lama berjubah.

Tidak berapa lama kemudian, rumah Nenek sudah mula menerima kehadiran tetamu. Dan bermulalah episod keramaian para hadirin yang datang untuk menjamu pelbagai juadah yang telah siap dimasak oleh Nenek. Gambar juadah pun tak sempat nak ambil, punya kelam-kabut Hari Raya Pertama kitaorang. Membawa ke malam hari jugalah tetamu yang hadir.

Memandangkan pada Hari Raya pertama hanya ada beberapa gambar sahaja yang sempat diambil, maka Adra akhiri entri dengan 2 keping gambar tersebut. Kita bersambung dengan Hari Raya kedua dengan lebih banyak gambar 🙂

Gambar 1: Adra bersama Moyang

Gambar 1: Adra bersama Moyang

Gambar 2 : Sufi bersama Moyang

Gambar 2 : Sufi bersama Moyang