Archives

JJCM Ke Selatan Tanahair – Hari Kedua Nak Balik Dah

Jom sarapan dahulu

Jom sarapan dahulu

Macam biasa, trip ringkas sememangnya satu malam sahaja sudah memadai. Disebalik keletihan semalamnya, kitaorang masih bersarapan agak awal di hotel. Walaupun bertaraf hotel bajet, namun variasi menu sarapan yang disediakan tidaklah kelihatan terlalu bajet. Ada Nasi Goreng, Mihun Goreng, Roti Canai, Bubur Nasi, Bijiran dan tidak pula juga Roti Bakar. Kira berbaloi jugalah dengan harga yang dibayar. (Untuk bilik Adra tiga katil single itu harganya di bawah RM150 sahaja). Cumanya hotel ini barangkali mempunyai beberapa kekurangan yang mungkin boleh dimaafkan. Tapi dengan harga yang sebegitu, sesungguhnya ianya boleh dikatakan sebagai berbaloi juga dengan wang yang dikeluarkan.

Hotel Amansari Express

AmanSari Express Hotel

Sesudah bersarapan, kitaorang pun segera naik ke atas untuk mengemas bag sebelum Daftar Keluar. Lebih kurang 10.00 pagi, kitaorang segera meninggalkan Bandaraya Johor Bahru. Perjalanan pagi Ahad itu kelihatan tenang. Daddy pula kembali memandu seperti orang biasa dan mula mematuhi had kelajuan kebangsaan. Sekitar jam 11.30 pagi kitaorang sudahpun mula melewati Exit Ayer Hitam. Entah macam mana, tiba-tiba Mama memberikan cadangan agar singgah ke Batu Pahat untuk makan tengahari. Menu yang dicadangkan sudah tentulah Nasi Bariani Gam yang cukup terkenal itu.

Sekali lagi bantuan teknologi Waze diperlukan untuk kitaorang sampai dengan selamat dan tangkas ke Medan Selera Peserai, di mana terletaknya Nasi Bariani Md Shah yang cukup terkenal itu. Tepat jam 12.00 tengahari kitaorang berjaya juga menjejak kaki tanpa sebarang masalah. Konsep layan diri yang diperkenalkan memerlukan Daddy serta Tokwan untuk beratur sama bagi membolehkan 5 set Nasi Bariani Ayam & Kambing untuk sampai ke meja kitaorang tanpa melibatkan sebarang insiden pertumpahan nasi ke lantai.

Usai selesai sesi pemakanan Nasi Bariani yang sedap juga itu, maka destinasi yang harus dituju adalah pulang terus ke rumah tanpa perlu membuat mana-mana hentian kecuali untuk ke  tandas sahaja. Masing-masing jelas terpancar keletihan dan kekenyangan yang bukan kepalang. Mujur Daddy juga mampu meneruskan pemanduan dengan tenang dan selamat.  Sekitar jam 5.30 petang, selamat juga kitaorang sampai ke rumah. Penat. Tapi seronok. Paling tidak terisi juga aktiviti musim cuti sekolah Adra ini dengan aktiviti bersama keluarga sebegini.

Seperti biasa, jomlah kita layan gambar-gambar pula iya, 🙂

Dah sampai Batu Pahat pun

Dah sampai Batu Pahat pun

Nasi Beryani Md Shah..belum ramai lagi orang beratur waktu ni

Nasi Beryani Md Shah..belum ramai lagi orang beratur waktu ni

Pekena Nasi Beryani Gam Batu Pahat pula...sedap!!

Pekena Nasi Beryani Gam Batu Pahat pula…sedap!!

Giliran Adra pula untuk tengok-tengokkan si Aliff Mikael ni

Giliran Adra pula untuk tengok-tengokkan si Aliff Mikael ni

Dah selamat sampai..penat

Dah selamat sampai..penat

Budak kecil ini pun kelihatan penat juga gayanya

Budak kecil ini pun kelihatan penat juga gayanya

Advertisements

JJCM Ke Selatan Tanahair – Hari Pertama

SAMSUNG

Minggu sudah buat kali keduanya untuk 2014 ini sekali lagi Adra berpeluang untuk menjejakkan kaki ke Kota Singapura. Trip yang lebih santai berupakan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) ini telahpun ditaja oleh Tok & Tokwan yang bermurah hati untuk membawa anak cucu berjalan sambil makan-makan. Kecuali AcuErul yang tidak turut serta kerana ke Jepun untuk Program Nona, kitaorang mula bergerak menuju masuk ke Singapura seawal jam 4.00 pagi dengan menaiki kenderaan MPV kompak buatan Rawang. Di awal perjalanan Adra tidur sahajalah, mengantuk. Kata Daddy, sempat jugalah mereka berhenti solat Subuh terlebih dahulu di R&R Ayer Keroh sekitar jam 5.30 pagi. Kemudiannya sekitar jam 7.00 pagi sekali lagi kitaorang berhenti di R&R Pagoh untuk bersarapan ala kadar. Waktu ini juga Adra & Aliff Mikael mandi sedikit untuk menyegarkan diri.

Bersarapan sebentar di R&R Pagoh

Bersarapan sebentar di R&R Pagoh

Lebih kurang sejam kemudian, kitaorang pun kembali menyambung perjalanan untuk terus ke Link Kedua untuk menuju masuk ke Singapura kerana bimbang berlaku kesesakan teruk di Tambak Johor jika tiba lewat. Alhamdulillah, tekaan Daddy benar. Gabungan laluan di Link Kedua ini tenang dan masih belum sesak walaupun jam sudah menunjukkan angka 9.15 pagi. Urusan di CIQ juga berjalan dengan lancar dan tenang walaupun jumlah kendaraan sudah mula semakin banyak.

Nasi Beryani Express yang super duper lazat

Nasi Beryani Express yang super duper lazat

Akhirnya sekitar jam 10.30 pagi kitaorang pun berjaya menjejakkan kaki di Pasar Geylang Serai, tempat tumpuan di mana komuniti Melayu Singapura berkumpul. Tujuan utama ke sini adalah untuk JJCM, maka Daddy tidak melepaskan peluang untuk pekena Nasi Beryani Express yang sememangnya terkenal buat pengunjung di situ. Dengan harga $6.00, penuh pinggan yang boleh memuatkan isi perut dua manusia normal. Selain daripada Nasi Beryani, turut dipesan adalah Telur Tahu dan juga Mee Siam. Tak lupa juga Rojak Singapura yang sememangnya digemari oleh Tokwan. Habislah makanan yang terhidang atas meja tu.

Kemudiannya kitaorang pun mengambil keputusan untuk bersiar-siar sebentar di Joo Chiat Complex, yang terletak berhadapan dengan Pasar Geylang Serai. Pusing-pusing lebih kurang, kitaorang pun meneruskan misi JJCM kali ini untuk menuju ke Arab Street, tak lain dan tak bukan untuk pekena Murtabak Singapura pula. Mujur Tokwan & Daddy dah boleh hafal sikit-sikit jalan di Singapura ini jadi tiadalah masalah sangat nak memandu masuk ke sini.

Sebelum singgah di Zam Zam, sempat jugalah Tok, AcuMira & Mama untuk menjamu mata apabila melihatkan deretan pilihan fabrik khusus untuk golongan perempuan yang terdapat di persekitaran Arab Street ni. Walaupun Adra ini perempuan, tapi pintu hati untuk kain-kain masih belum lagi terbuka. Belum sampai masanya lagi orang kata. Jadi, sementara menantikan mereka habis membeli-belah, maka yang lainnya pun bergerak menuju ke Zam Zam untuk pekena Murtabak sambil minum petang. Lebih kurang jam 5.00 petang, kitaorang pun mula bergerak untuk menuju ke arah Tambak Johor. Tapi sewaktu menghampiri, keadaan sesaknya memang boleh mencarut Daddy dibuatnya. Dua tiga jam pun boleh sangkut nak lepas CIQ Woodlands ni. Umum mengetahui Daddy bukanlah penggemar jikalau bertembung dengan kesesakan sebegini, terus sahaja Daddy mengalihkan pemanduan menuju ke arah Tuas untuk ke Link Kedua. Mujur juga kereta tidak terlalu banyak dan kadar pergerakaan lebih lancar berbanding di CIQ Woodlands. Cumanya perjalanan kitaorang nak menghala ke Hotel AmanSari Express yang terletak di tengah JB agak sedikit jauh. Mujur juga bantuan teknologi Waze memudahkan sedikit urusan menggunakan jalan pintas dari arah Nusajaya/Legoland terus menghala ke Danga Bay/Johor Bahru. Akhirnya lebih kurang jam 8.00 malam barulah kitaorang berjaya sampai di Hotel. Masing-masing pun dah letih bukan main. Makan malam kitaorang telahpun ditapaukan sewaktu di Zam Zam petangnya. Nak keluar makan pun rasanya tak larat dah.

Jomlah kita layan gambar-gambar untuk hari pertama ni ya 🙂

Inilah dia Joo Chiat Complex

Inilah dia Joo Chiat Complex

Selfie satu kali tengok..

Selfie satu kali tengok..

Selfie bersama AcuMira yang suka menyakat Adra

Selfie bersama AcuMira yang suka menyakat Adra

Isk..buat muka comel pula si Aliff Mikael ni

Isk..buat muka comel pula si Aliff Mikael ni

Boleh tahan mahal juga Isomil di Kota Singa ini ya

Terperasan iklan Isomil..mahal juga

Posing bersama si comel ni

Posing bersama si comel ni

Tahu Telur yang ini pun tak kurang sedapnya

Tahu Telur yang ini pun tak kurang sedapnya

Rojak Singapura kegemaran Tokwan

Rojak Singapura kegemaran Tokwan

Giliran Aliff Mikael pula untuk dijaga Tokwan..hihi

Giliran Aliff Mikael pula untuk dijaga Tokwan sewaktu berada dalam Joo Chiat Complex ni

Isk,,sempat pula menyelit si kecil ni..hihi

Isk,,sempat pula menyelit si kecil ni..hihi

Marilah menuju ke Restoran Zam Zam

Marilah menuju ke Zam Zam

Selamat masuk ke bilik..penat dia Tuhan sahajalah yang tahu

Selamat masuk ke bilik..penat dia Tuhan sahajalah yang tahu

 

 

Melepak Bersama Daddy Di Oblong Burger Station Kg 8

SAMSUNG

Minggu sewaktu cuti sempena Tahun Baharu Cina, Adra berpeluang untuk melepak berdua dengan Daddy. Kebetulan pada malam melepak itu, yang lain-lain ada menghadiri majlis kenduri. Kebetulan juga malam tersebut tekak Adra ini macam tak berapa nak ada selera sangat, nak makan lauk kenduri ni. Maka, terus sahaja Adra dan Daddy ke Oblong Burger Station Kg 8 yang terletak sangat berhampiran dengan rumah Nenek di Lorong Pandan, Melaka untuk makan malam.

Sewaktu berada di sana, menu yang menjadi pilihan kitaorang adalah Oblong Kambing, Kentang Goreng dan tak lupa juga Nugget Ayam. Apa yang menariknya, namakan sahaja apa juga jenis burger yang dihajati, pasti terdapat menunya di sini. Maka, tidak hairanlah tempat ini sememangnya sesuai untuk melepak bersama seisi keluarga. Adra pun baru sahaja dapat tahu yang Daddy memang akan melepak di sini setiap kali pulang ke kampung berseorangan diri pekena Burger Bakar. Tak patut betul tak mengajak Adra dan juga Mama 😦

Tak mengapa, lain kali pulang ke kampung, pasti Adra akan mengajak Daddy untuk melepak di sini lagi.

Oblong Kambing milik Daddy

Oblong Kambing milik Daddy

Ok yang ini Adra punya

Ok yang ini Adra punya

Jemput makan

Jemput makan

Makan Di Tat Nasi Ayam Sri Gombak

SAMSUNG

Semalam sebenarnya merupakan hari ulang tahun Mama. Jadinya, sudah tentulah upacara makan-makan sewajarnya menjadi keutamaan, iya tak? Kebetulan pula jatuh pada hari kerja, maka Daddy pun macam malas pula nak beria-ia pergi makan tempat yang jauh-jauh ni. Jadinya lokasi yang dituju adalah kawasan di Sri Gombak sahaja. Bila ditanya, dengan pantas sahaja Mama mahukan menu yang berasaskan nasi.

Akhirnya Daddy memberikan cadangan supaya kitaorang makan di Tat Nasi Ayam yang terletak di Prima Sri Gombak. Restoran Tat Nasi Ayam ini bersebelahan dengan Restoran Rodeo SteakHaus. Tidaklah susah untuk mencari lokasinya. Setelah dibelek-belek menu yang ada, akhirnya kata sepakat berjaya dicapai supaya memesan Nasi Ayam Special dimana nasi tambah berserta dengan tambahan ayam turut disajikan. Pilihan yang berharga RM9.00 ini amat sesuai untuk dikongsi bersama Adra & Mama 🙂 .

Manakala Daddy pula memesan Burger Bakar yang turut dijual dihadapan Restoran ini memberikan pilihan menu yang inginkan lebih santai.  Apa yang menariknya tentang Tat Nasi Ayam ini, nasi dia agak lembut dan  terasa seperti pulut pula. Ditambah pula dengan ayam yang garing tetapi mempunyai isi yang lembut di bahagian dalam. Sememangnya menepati citarasa Adra. Oh ya, di Restoran Tat Nasi Ayam ini juga sebenarnya turut menghidangkan Nasi Itik. Barangkali Adra boleh mencubanya di lain waktu selepas ini 🙂 .

Nasi Ayam Special berkongsi dengan Mama

Nasi Ayam Special berkongsi dengan Mama

Burger Bakar kepunyaan Daddy

Burger Bakar kepunyaan Daddy

Suasana dari dalam restoran

Suasana dari dalam restoran

SAMSUNG

SAMSUNG

Selamat Hari Ulang Tahun Mama

 

 

Mari Ke Kedai Makan Upin & Ipin Sekali Lagi

Cerita Geng Upin & Ipin

Cerita Geng Upin & Ipin

Malam hujung minggu sudah memang terasa sedikit bosan. Kebetulan pula siangnya memang tiada sebarang aktiviti luaran. Hanya aktiviti dalaman sahaja. Ditambah pula dengan hujan yang memang dah berlarutan dari petangnya menjadikan cuaca sejuk-sejuk ni memang cepat benar terasa kelaparannya..hihi. Maka, berlangsunglah acara pujuk memujuk Daddy supaya makan makan di luar sahaja. Adra pun cuba sedaya upaya dengan membuat muka yang paling comel agar Daddy meluluskan rancangan tersebut. Mama pula seperti biasa mengiyakan sahaja rancangan tersebut.

Akhirnya Daddy terpaksa mengalah dengan rancangan Adra. Maka, sesudah Maghrib dalam keadaan bumi masih lagi dibasahi hujan malam maka kitaorang sudah pun bersedia untuk keluar makan malam. Bila Adra tanya dimanakah lokasi untuk ditujui Daddy serta-merta bertanyakan Adra adakah bersetuju sekiranya Kedai Makan Upin & Ipin Taman Melati yang menjadi pilihan. Pucuk dicita ulam mendatang kata orang. Bijak betul Daddy menggembirakan Adra ini..hihi.

Sewaktu kitaorang tiba, hujan sudah mula seakan mahu berhenti. Para pengunjung di Kedai Makan Upin & Ipin pun masih tiada lagi. Maka, sudah tentulah peluang untuk Adra mendapatkan tempat duduk yang terbaik supaya dapat menonton siaran cerita Geng Upin & Ipin yang turut ditayangkan.  Usai mengambil tempat duduk, terus sahaja makanan dipesan. Nasi Ayam Upin, Nasi Goreng Tok Dalang & set Kentang Goreng bersama Ayam Goreng. Adra memang teruja betullah dapat ke sini buat kali kedua. Sewaktu makanan mula dihidang, kehadiran beberapa orang pengunjung bersama anak masing-masing jelas memeriahkan susana dalam kedai. Jelas kelihatan perasaan teruja dapat melihat seolah Upin & Ipin depan mata. Sambil makan dapat menonton siri Upin & Ipin 🙂

 

Yeay..dapat minum air Upin & Ipin

Yeay..dapat minum air Upin & Ipin

Nasi Ayam untuk Adra & Daddy

Nasi Ayam untuk Adra & Daddy

Nasi Goreng Tok Dalang ini Mama punya

Nasi Goreng Tok Dalang ini Mama punya

Set Kentang Goreng & Ayam Goreng ini Adra punya juga

Set Kentang Goreng & Ayam Goreng ini Adra punya juga

Sedapnya....

Sedapnya….

Aktiviti Santai Di Hujung Minggu

SAMSUNG

Hari Sabtu lepas sememangnya hari yang cukup santai buat Adra sekeluarga. Dari pagi, kitaorang cuma berehat sahaja di rumah. Maklumlah, biasanya beberapa minggu sudah tiap kali tiba hari Sabtu memang awal pagi lagi dah keluar pergi menziarahi rakan-rakan sempena Hari Raya. Jadinya, kitaorang pun tak melepaskan peluang untuk bermalasan dari pagi hinggalah ke petang. Cumanya bila tiba waktu petang itu macam terasa agak bosan juga. Lalu Adra pun segera mengusulkan cadangan kepada Daddy untuk berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Maka, bergegaslah kitaorang bersiap sejurus masuk waktu Asar. Cadangannya untuk ke Tasik Titiwangsa.

Tapi, hajat dihati untuk berlibur ke Tasik Titiwangsa tersebut terpaksa ditukar ke tempat lain kerana hujan sudah mula membasahi bumi. Maka dengan rasa riang gembira Adra memberikan cadangan supaya kita bersantai-santai di dalam tempat yang bertutup. Di AEON Keramat misalannya. Maka tanpa banyak soal, Daddy segera menghalakan kenderaan buatan Rawang ke arah Keramat. Mujur juga masih satu hala. Memandangkan waktu kitaorang sampai di AEON Keramat tersebut sudah agak lewat juga, menghampiri jam 7.00 malam maka Adra pun sekali lagi memberikan cadangan agar mengisi perut terlebih dahulu.  Mama pun mengiyakan sahaja cadangan Adra tersebut.

SAMSUNG

Nak pilih menu apa ya??

Maka, tempat yang kitaorang tuju setelah dipersetujui sebulat suara adalah Rock Salt Grill & Cofee, Sebenarnya Adra agak tertarik juga dengan hiasan dalamannya yang kelihatan sangat santai dan tenang. Sangat sesuai untuk menikmati hidangan makan malam. Melangkah masuk ke dalam Adra sememangnya menyukai konsep sebegini. Menu yang menjadi pilihan Daddy adalah Naan Grill Chicken Burger.  Manakala Mama pula memesan Grilled Chicken. Menu ala-ala Timur Tengah ini diturutkan didatangkan bersama dengan pilihan sama ada Roti Pita ataupun Nasi Mandi. Jadinya, Mama memesan pilihan Nasi Arab supaya boleh Adra menghabiskannya. Lagi pula, nasi berperisa sebegini sememangnya menjadi pilihan Adra.

Agak lama jugalah kitaorang nak menghabiskan makanan dek kerana bahagian makanan yang dihidang semenangnya besar dan cukup mengenyangkan. Selesai sahaja sesi pemakanan tersebut, Daddy dan Mama bergilir untuk menunaikan tanggungjawab pada Ilahi sambil menjaga Adra. Adra bila dah ke AEON Keramat ini, tempat permainan kanak-kanak itulah yang wajib dikunjungi. Seronok betul rasa. Rasa macam tak sabar nak tunggu tiap kali hujung minggu tiba. Nak ajak Daddy dan Mama keluar berjalan-jalan menghabiskan masa bersama 🙂 .

Menu pilihan Mama

Menu pilihan Mama

Pilihan hati Daddy pula

Pilihan hati Daddy pula

Nasi ini pilhan hati Adra pula..hihi

Nasi ini pilhan hati Adra pula..hihi

Percubaan Mama untuk mengicak sedikit dari Adra gagal

Percubaan Mama untuk mengicak sedikit dari Adra gagal

Mama kata sedap juga air ni

Mama kata sedap juga air ni

Aktiviti riang ria untuk Adra

Aktiviti riang ria untuk Adra

Mari Ke Penang Sekali Lagi – Hari Pertama

A9
Jumaat yang sudah buat kali ketiganya Adra telah berkunjung ke Penang. Kunjungan singkat dua hari satu malam yang bermotifkan makan-makan ini turut disertai oleh Uncle K, Bik Niza, Apit, Nenek dan tak lupa Nenek Nia. Kitaorang bertolak dengan dua kereta pagi Jumaat dari rumah Adra sekitar menjelang jam 7.00 pagi melalui kombinasi Jalan Ulu Yam – Tg Malim dan terus menggunakan lebuhraya menuju ke Penang. Sebelum itu, kitaorang sempat bersarapan terlebih dahulu di Pekan Batang Kali. Pekena nasi lemak sememangnya merupakan tonik terbaik untuk menyambung tidur baki perjalanan di lebuhraya. Memang lena betullah Adra tidur selepas itu.

Lama juga sangkut jem ni

Lama juga sangkut jem ni

A3
Perjalanan ke Penang sedikit terganggu apabila mula melepasi Terowong Menora apabila mengalami kesesakan gara-gara ada lori yang mengalami kemalangan yang terbabas di tepi lebuhraya. Kembali menyambung perjalanan, memang berjalan lancar tanpa ada halangan. Menjelang jam 12.00 kitaorang dah pun mula beratur untuk menaiki feri. Yang seronoknya tak banyak kereta yang berbaris untuk menaiki feri. Tak sampai 2 minit, kitaorang terus sahaja diarah untuk menaiki feri di bahagian dek atas. Di dalam bahagian feri pun memang masih lagi kelihatan ruangan kosong untuk memuatkan kenderaan. Dah berada dalam feri, perkara wajib yang kitaorang lakukan sudah tentulah bergambar sakan..hihi.

Nasi Beryani Claypot yang sedap!

Nasi Beryani Claypot yang sedap!

Namun sebaik sahaja tayar kereta menjejakkan di bumi Penang, maka destinasi yang wajib ditujui adalah mencari kedai makan yang sedap. Tempatnya, Restoran Kapitan untuk pekena Nasi Biryani Claypot. Tengok ayam dalam claypot dia pun dah buat rasa teruja nak makan. Nampak macam sedap. Sekali dah makan, memang sedap pun. Walaupun ayam dia terasa sedikit pedas, namun berjaya juga Adra mengharunginya demi merasa sesuap nasi beryani ini. Sampai terkeluarlah airmata Adra ni menahan pedas. Harga yang untuk sepinggan pun pada fikiran Adra amat berpatutan dengan rasa kesedapan yang tiada tandinganya itu.

A15
Selesai makan, segeralah kitaorang menuju ke hotel, Heritaga Hotel 1926 yang terletak di Jalan Burma. Jalan Burma ini pun sememangnya dekat dengan Georgetown dan yang paling penting harga hotel ini masih lagi boleh dikategorikan sebagai “mampu inap” ditambahkan pula dengan fasiliti yang tidak kurang mewahnya. Kitaorang mengambil dua bilik, Standard Room dan juga Family Room yang mampu memuatkan sehingga 6 orang tanpa masalah. Usai urusan daftar masuk selesai dan menyelesaikan apa-apa yang wajib, maka kitarorang semua pun terus sahaja meneruskan misi ke Penang. Tapi, apa-apa hal kena cari Susu Isomil dahulu kerana Mama terlupa nak membawanya. Mujur juga berjaya jumpa Pasaraya Giant di Penang Plaza untuk membeli susu Adra. Boleh tahan susah juga nak cari Isomil ni sebenarnya. Sebelum itu, kitaorang sempat singgah sebentar di Pasar Chowrasta untuk membeli jeruk. Adra ikutkan sahaja walaupun jeruk-jeruk ni bukannya kegemaran Adra sangat.

A18
Kemudiannya, sekitar jam 4.00 petang kitaorang terus pula bergegas ke Padang Broom @ Padang Brown untuk pekena Pasembuq. Tempat ini ikutkan agak terceruk jugalah sebenarnya. Mujur juga Daddy memang dah biasa ke Penang ini, jadi memang tiada masalah langsung untuk sesat. Tahu-tahu sahaja dah sampai. Tapi sekali lagi Pasembuq ini bukan menjadi kegemaran Adra. Maka, Adra hanya memesan sebiji telur rebus goreng sahaja buat alas perut. Kenyang makan nasi beryani tu pun tak hilang lagi.

Pulang sahaja ke hotel, sempat lagilah Adra terjun ke kolam renang bersama dengan Daddy dan juga Mama. Seronok betul dapat main air. Duduk main-main air sambil menikmati udara segar Penang. Mujur juga wabak jerebu ini belum lagi menghantui Penang waktu ini.

Disebelah malam pula, kitaorang menuju ke Pasar Malam Batu Ferringhi. Ikutkan, Adra memang tak larat dah nak keluar ni. Jadi, Adra mengambil keputusan untuk tidur sahaja sambil didukungi Daddy. Entah mana Daddy dan yang lain-lain pergi selepas itu pun Adra tak sedar. Mengantuk betul. Sedar-sedar sahaja hari dah pun siang.

Bergamabr dalam kereta atas feri. Gayat

Bergamabr dalam kereta atas feri. Gayat

Bergambar atas feri. Pun Adra gayat sebenarnya

Bergambar atas feri. Pun Adra gayat sebenarnya

A6

 

Adra bergambar bersama "Apit"

Adra bergambar bersama “Apit”

Beryani Kambing Claypot - Uncle K punya

Beryani Kambing Claypot – Uncle K punya

A19

Makan telur ni pun Adra rasa dah cukup sedap

Makan telur ni pun Adra rasa dah cukup sedap