Archives

Entri Bergambar Raya 2012

Memandangkan Adra macam tak berapa nak rajin kemaskini blog secara bertulis, maka Adra kemaskini blog secara bergambar sahajalah ye. Jom layan gambar Adra sewaktu Raya tempoh hari

Adra muka mengantuk sebab kena kejut dengan Daddy untuk bersiap Hari Raya

Posing bersama Tok & Tokwan

Dengan Mama & Daddy juga

Senyum bersama Acu pula

Bergambar pada pagi Raya Kedua bersama Tok & Tokwan

Bersama Nenek & Wa di Melaka

Bersama keluarga Melaka

Advertisements

Selamat Hari Raya

Adra tengah mencuba tudung raya
Adra yakin, masyarakat kat luar tu ramai yang dah tak sabar nak menyambut Syawal. Adra yang sekecil ini pun dah teruja. Segala persiapan telah pun disiapkan oleh Daddy dan Mama secara sederhana. Tahun ini, giliran Adra untuk beraya bersama Tok dan juga Tokwan. Insya Allah, malam raya kitaorang akan bertolak dari rumah di Taman Selayang menuju ke Taman Koperasi Polis Fasa 2. Harap-harap sepanjang perjalanan tu nanti tiadalah kesesakan hendaknya..hihi. Raya kedua nanti baru kitaorang bakal pulang ke kampung di Melaka pula.

Kesempatan yang ada ini, Adra ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Moga-moga kita semua diberkati olehNya. Buat yang memandu pulang ke kampung, berhati-hatilah iye.

Puasa

Agak lama sungguh Adra tak berpeluang mengemaskini blog ni. Bukannya apa, dalam kesibukan di bulan Ramadha ni, masa itu terlalu suntuk. Macam sekarang ni pun, kejap betul masa berlalu. Dah nak hampiri Syawal pun tak berapa lama lagi.

Diari Adra seharian masih lagi sama macam hari-hari biasa. Ada juga Daddy cuba-cuba kejutkan Adra bangun bersahur, tapi Adra menolaknya dengan baik. Sesungguhnya, sebagai anak kecil Adra memerlukan waktu tidur yang sempurna.

Cuma bila waktu berbuka Adra agak teruja bilamana melihata pelbagai juadah di atas meja makan. Waktu ni memang kerap kali jugalah Adra mengacau nak minta kuih itu ini. Ternyata, karipap merupakan kuih yang paling Adra gemari bilamana waktu berbuka.

Mujur juga waktu berbuka ni, TV9 bertindak bijak dengan menyiarkan rancangan kegemaran Adra, Upin & Ipin pada waktu semua orang sedang sibuk berbuka. Waktu tu, karipap pun Adra letak tepi dahulu..hihi.

Selamat Tahun Baru 2012

Adra yakin, malam ni begitu ramai anak muda dan anak tua yang bersepah tak tentu hala merambu menyambut tahun baru. Entah apa yang seronok sangat pun Adra tak berapa nak faham. Asal tahun baru je, mesti kena ada konsert, mesti ada bunga api dan mercun. Nampak sangat ikut perangai Yahudi.

Tapi malam ni, Adra memang dah bersedia nak masuk tidur dah. Adra memang tak berapa nak into sangat dengan perkara-perkara lagha macam ni. Cuma Adra harap sangat agar lena Adra tidak diganggu dengan dentuman bunyi mercun dan bunga api. Adra ingat kalau jadi juga kejadian tu, Adra nak suruh Daddy telefon Polis suruh tangkap orang yang main tu. Tapi entah Polis ambil endah ke tidak hal-hal macam ni, iye tak?

Bola Owh Bola


Rasanya sekarang ni sana-sini orang akan bercakap pasal bolasepak tempatan. Lebih-lebih lagi sejak Malaysia memenangi Piala AFF dan juga berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea baru-baru ini. Kira bagus jugalah, selama ini tiada orang nak memperdulikan tentang pemain bolasepak tempatan. Rata-ratanya lebih mengenali Steven Gerrad berbanding Fakri Saarani tu.

Adra pun sebenarnya tak ketinggalan bila sebab tentang bolasepak ni. Baru-baru ni Adra ada mintakan Daddy untuk belikan Adra sebiji bola untuk dibuat bermain. Barangkali, ada eloknya Adra mengajak Daddy bermain futsal waktu hujung minggu ni ke. Tapi kena minta Daddy belikan Adra kasutlah jawabnya. Bimbang tak seronok pula tendang bola jenis kaki ayam ni.

Musim Cuti Sekolah

Selain daripada musim hujan, sekarang ini juga merupakan musim orang melangsungkan majlis perkahwinan. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu ada sahaja undangan. Kadang, Adra terpaksa skip kerana jadual yang agak padat. Sampaikan nak ajak Daddy berjalan ke mana-mana pun payah. Tapi tak mengapalah, bukan selalu dapat makan nasi minyak ni kan. Waktu cuti sekolah beginilah pesta makan nasi minyak merata.

Kepada yang telah, sedang, dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan Adra mengucapkan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kepada tukang masak majlis tu, Adra harapkan sewaktu menyediakan makanan tu biarlah ikhlas iye. Setakat ni, sewaktu Adra menghadiri majlis kenduri kahwin, al-hamdulillah sebab makan yang dihidang semuanya sedap-sedap belaka.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Malam ni selepas Daddy dan Mama balik dari kerja, kitaorang dah rancang nak pulang ke kampung Melaka terlebih dahulu, kemudian esok subuh hari baru bertolak ke Singapura. Memandangkan semua orang kerja, maka dah menjadi tanggungjawab untuk Adra mengemas beg seorang diri. Boleh tahan banyak juga benda yang nak dibawa. Penat juga sebenarnya mengemas beg seorang diri ni. Waktu kat Singapura nanti, bolehlah Adra menjenguk kedua Moyang Adra di sana. Rasa macam tak sabar pula nak ke Singapura lagi. Tahun sudah waktu ke Singapura Adra pun kecil lagi, baru berusia 3 bulan. Nak isi borang buat pasport pun Adra tak reti lagi.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidiadha ni, Adra harapkan semuanya selamat dalam perjalanan iye. Pandu cermat, jiwa selamat, cheewah.