Archives

Musim Cuti Sekolah

Selain daripada musim hujan, sekarang ini juga merupakan musim orang melangsungkan majlis perkahwinan. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu ada sahaja undangan. Kadang, Adra terpaksa skip kerana jadual yang agak padat. Sampaikan nak ajak Daddy berjalan ke mana-mana pun payah. Tapi tak mengapalah, bukan selalu dapat makan nasi minyak ni kan. Waktu cuti sekolah beginilah pesta makan nasi minyak merata.

Kepada yang telah, sedang, dan bakal melangsungkan majlis perkahwinan Adra mengucapkan agar semuanya berjalan dengan lancar. Kepada tukang masak majlis tu, Adra harapkan sewaktu menyediakan makanan tu biarlah ikhlas iye. Setakat ni, sewaktu Adra menghadiri majlis kenduri kahwin, al-hamdulillah sebab makan yang dihidang semuanya sedap-sedap belaka.

Selamat Hari Raya Aidiladha


Malam ni selepas Daddy dan Mama balik dari kerja, kitaorang dah rancang nak pulang ke kampung Melaka terlebih dahulu, kemudian esok subuh hari baru bertolak ke Singapura. Memandangkan semua orang kerja, maka dah menjadi tanggungjawab untuk Adra mengemas beg seorang diri. Boleh tahan banyak juga benda yang nak dibawa. Penat juga sebenarnya mengemas beg seorang diri ni. Waktu kat Singapura nanti, bolehlah Adra menjenguk kedua Moyang Adra di sana. Rasa macam tak sabar pula nak ke Singapura lagi. Tahun sudah waktu ke Singapura Adra pun kecil lagi, baru berusia 3 bulan. Nak isi borang buat pasport pun Adra tak reti lagi.

Kepada yang pulang ke kampung untuk menyambut Aidiadha ni, Adra harapkan semuanya selamat dalam perjalanan iye. Pandu cermat, jiwa selamat, cheewah.

Mercun Owh Mercun

Adra harap malam ni Adra mampu tidur lena. Bayangkan, dah dua malam lena Adra diganggu oleh mercun dan bunga api. Tiba-tiba terasa macam berada di Libya pula. Sana sini mercun tak tentu hala.

Pihak penguatkuasa entah dengar entah tidak bunyi mercun tu. Tuli barangkali. Barangkali, dah sampai masanya sesiapa yang bersekongkol dengan mercun ni dikenakan hukuman mandatori. Takde perasaan simpati langsung kepada anak-anak kecil sebaya Adra ni. “Kamon la”..takde tak raya pun kalau tak main mercun ni, iye tak?

Persiapan Raya

Rasanya dah boleh dah kot nak cerita pasal persiapan Hari Raya ni. Sebenarnya dari tahun lepas lagi Adra dah berpeluang menyambut Raya buat kali pertama. Tapi waktu tu, Adra baru berusia sebulan lebih. Nak mendalami ilmu Raya ni tak berapa sangat. Jadi tahun ni, kalau nak sembang hal Raya, baru sedap sikit.

Mama sama Daddy dah pun belikan Adra berpasang-pasang baju baru. Boleh tahan banyak jugalah. Terasa macam pertama kali pula menyambut Raya ni. Ada can Adra salin baju ni dua tiga helai sehari kalau nak pakai musim Raya ni.

Bab persiapan pakaian, rasanya selesai dah. Cuma bab biskut raya, belum lagi. Tapi rasanya Mama dan Daddy pun dah ada menempah dua tiga jenis. Cukuplah kot. Kalau ada kesempatan, bolehlah Adra cuba-cuba nak buat Biskut Mazola ke, Tart Nenas ke. Tengok Tok izikan ke tidak kalau Adra nak masuk dapur nanti.

Adra – Edisi Haus

Gambar ni Daddy ambil waktu Adra berbuka semalam..bukan main haus lagi tekak Adra. Pekena air mineral sebenarnya sedap juga rasa dia waktu tengah haus berpuasa ni, ye tak?