Archives

Masanya Untuk Menjalani Ibadah Demam Campak

adra11

Sebelum Adra siapkan entri berikutnya, marilah Adra kongsikan keadaan diri yang terkini. Buat masa ini, Adra sedang menjalani ibadah demam campak. Adalah dalam dua hari lepas Adra kena. Berjangkit dengan Aliff Mikael barangkali yang telah pun menjalani ibadah demam campak ini di awal Hari Raya tempohari. Elok juga kena waktu sekarang ini, memandangkan Adra pun belum pernah kena lagi demam campak.

Tak mengapalah, barangkali Allah mahu Adra berehat sebentar. Selera makan pun ada tak berapa nak ada. Mujur juga biji-biji campak yang naik ini tidak terlalu banyak dan besar. Kena habiskan ubat dan moga Adra lekas sembuh. Rindu pula rasa sekolah Adra itu 😦

Advertisements