Archives

Stereng

bergaya betul Adra pegang stereng ni

Itu hari Daddy ada ada bagi peluang kepada Adra untuk memegang stereng. Selalu tengok Daddy memandu macam seronok aja. Puas juga Adra pujuk supaya kasi peluang kepada Adra, namum kerap kali juga Adra dihampakan. Jangan kata pegang, sentuh stereng pun jangan harap Daddy nak izinkan.

Bila Daddy kasi pegang stereng, Adra memang tak melepaskan untuk merasa “feel” kesedapan memegang stereng ni. Mujur juga undang-undang JPJ tak membenarkan kanak-kanak mengambil lesen. Kalau tak, mau bulan depan Adra minta Daddy daftarkan untuk mengambil lesen P.

Advertisements