Jejak Upin Ipin Di Muzium Negara


Hari Sabtu yang lepas agak awal juga Adra bangun dari tidur. Itu pun sebab Daddy yang mengacau-ngacau Adra waktu tengah lena lagi. Kata Daddy, nak mengajak Adra pergi ke Muzium Negara. Serta-merta Adra jadi keliru seketika. Entah apalah yang ada di Muzium Negara tu. Barangkali, Daddy sengaja nak menanam minat dalam diri Adra supaya meminati sejarah dan khazanah negara. Agaknyalah. Untuk mengelakkan Daddy menarik muka masam akibat lambat bersiap, Adra dengan sepantas kilat menyiapkan diri.

Sewaktu sampai di perkarangan parkir, jelas sekali kelihatan deretan kereta di sana sini. Mujur masih ada lagi petak parkir yang kosong. Namum pandangan Adra di sekitar perkarangan parkir Muzium Negara tersebut agak terganggu kerana kelihatan bunting yang agak mencurigakan. Macam ada gambar kartun. Isk, rupanya Daddy nak mengajak Adra pergi melihat Jejak Upin & Ipin. Untuk makluman, Adra memang merupakan peminat utama Upin & Ipin ni. Setiap petang jam 530 Adra akan menonton siri Upin & Ipin ni. Sedari usia 3 bulan lagi Adra dah mula menonton siri Upin & Ipin ni tau.

Untuk memasuki pameran ni, bayaran RM12 dikenakan untuk orang dewasa. Untuk Adra, percumalah. Sebaik sahaja memasuki dalamnya, perasaan teruja Adra jangan cakaplah. Bukan main gembira lagi Adra. Pelbagai info yang diberikan dalam pameran tersebut tetapi Adra bukannya ambil kisah sangat. Biar Daddy sama Mama sahajalah yang membacanya. Apa yang menariknya lagi, replika rumah Opah pun ada sama dalam pameran tu. Tiba-tiba Adra terasa seperti sebahagian daripada siri Upin & Ipin pula sewaktu berada dalam rumah Opah tu. Seronok, seronok, seronok.

Setelah puas menjelajah [er, sebenarnya tak puas sangatlah] kat dalam tu, Daddy mengajak Adra keluar. Sedar tak sedar, sejam lebih jugalah kitaorang menghabiskan masa di dalam pameran tu. Boleh tahan lenguh juga kaki Adra ni sebenarnya. Jomlah layan gambar-gambar Adra ni pula iye.

Upin !

Eh, Mail la..

Adra berposing dengan Upin & Ipin

Ruang Makan Kat Rumah Opah

Adra tengah study kat tempat Upin

Ok, Adra nak balik dah time ni..da..

Leave a comment