Archives

Wabak

Kesian Daddy. Masih lagi belum sembuh sepenuhnya. Hari ini genaplah seminggu Daddy tak sihat. Tak sihat Daddy ni sebenarnya berpakej. Bermula dengan selsema teruk, dituruti dengan hingus yang meleleh. Kemudian Badan mulah panas-panas. Batuk-batuk dan akhir sekali semput [asma] berhari-hari. Amacam, lengkap betul kan tak sihat Daddy ni. Kesian pula Adra perati Daddy. Malam nak tidur pun tak lena. Adra ingat nak juga bangun malam tolong letakkan ketulan ais letak atas kepala Daddy. Mujur ketinggian Adra ni menghalang untuk Adra membuka pintu peti ais.

Dengar kata, wabak ni tengah menaik tak tentu hala sekarang ni. Kata Daddy, kalau pergi klinik, nak mendengar orang batuk tak susah mana. Adra harap antibodi Adra cukup kuat untuk menewaskan wabak ni. Macam tak sedap aja nak kena makan antibiotik tu kan.

Muka toya Daddy

Apa Pula Lepas Ni

Bakal menjadi premium dalam tempoh 5 tahun lagi

Semua orang tentu dah sedia maklum akan kenaikan harga pula. Itu hari RON97 naik, sekarang ni gula pula dah pandai “demand”. Kalau tak kena gaya, gula ni pun boleh mencapai taraf premium. Hanya orang yang bergaji melebihi seribu setengah je boleh beli. Kalau kurang, jangan haraplah. Kalau dah jadi sampai macam tu, mungkin penggunaan gula kabung dalam pembuatan pembancuhan Kopi O patut dipertimbangkan secara serius.

Bila Adra cuba tanya Daddy minta ulasan tentang kenaikan harga gula ni, Daddy cuma menjawab “Harga gula kita ni masih lagi antara yang terendah di benua”. Lebih kurang begitulah jawapan Daddy. Adra ingat nak suruh Daddy beli tanahlah barang dua tiga ekar, kemudian tanam tebu. Kemudian proses jadi gula. Bila dah siap “packing” gula tu, Adra nak simpan dulu stok gula tu. Seminggu lagi nak Raya, baru jual semula dengan harga RM23 sekilogram. Amacam? Tak pun seludup jual kat luar negara.

Tahun Baru Cina

buah yang popular masa kini

Esok lusa bangsa Cina nak sambut tahun baru dah. Adra syak, semua oang tengah sibuk nak borong limau sama oren. Buah durian ke hapa kasi abai dulu. Tak kena gaya betul kalau sekarang ni sibuk nak beli durian. Musim perayaan ni juga ramai yang sibuk balik kampung. Cuma dalam keghairahan orang ramai sibuk balik kampung, berhati-hatilah ye dengan banjir tu. Jangan pula cuba-cuba nak mandi banjir ke hapa. Jangan pula disusahkan pasukan penyelamat nak mencari. Biarkanlah pasukan penyelamat tu menyelamat mangsa-mangsa banjir aja, bukannya mencari orang yang hanyut hanya disebabkan oleh perangai sendiri yang pergi main dengan banjir tu.

Sempena Tahun Baru Cina ni, terringin juga nak ajak daddy pergi tengok dongdongceng tu secara langsung. Tapi pagi-pagi lagi kot mungkin nak balik kampung mama. Macam dah lama pula tak balik Melaka. Kepada bangsa Cina, Adra nak ucapkan Gong Xi Fa Cai..er, ada sapa-sapa tak nak kasi Adra angpow??

Tenang

Sekarang ni dalam akhbar arus perdana hari-hari keluar cerita pasal Tenang. Dalam siaran berita tv lagilah janganlah cakap, berebut-rebut nak sebut pasal Tenang. Semua orang bertumpu kepada Tenang. Bapak-bapak menteri pun sama bersepah berkampung di Tenang. Itu belum cerita lagi bab nak buat projek sana sini. Silap haribulan, diumumkannya projek LRT dari Labis sampai ke Kuala Lumpur ni. Itu belum lagi cerita yang merapu keluar. Yang buat tak boleh pergi [blah], hari-hari ada cerita tentang orang itu ini keluar parti. Lepas tu siapkan adakan majlis penyerahan borang masuk parti yang baru. Alahai, macam budak-budak. Budak kecil macam Adra ni pun tak reti nak percaya. Tapi kalau ada yang percaya juga berita macam ni tak tahulah Adra nak kata. Nak kata bengap, masing-masing belajar tinggi.

Pada Adra, baguslah kalau Tenang dilimpahi dengan pelbagai projek pembangunan dan penambahbaikan. Cuma yang tak berapa nak sedapnya, perkara ni terjadi bila mana berlaku sesuatu terhadap Wakil Rakyat di kawasan tersebut. “Kamon”lah..takkan nak kena tunggu sampai jadi macam tu baru nak terhegeh-hegeh menagih simpati rakyat. Cogankata Rakyat didahulukan, Pencapaian Di Utamakan letak mana tah sebelum ni. Takde semangat rakyat didahulukan langsung. Untuk orang Tenang, pastikan sentiasa tenang waktu nak memangkah nanti. Barulah boleh menang, ye tak?

Jalanraya

pinjam gambar "gugel"

Kali ni Adra nak bercerita pula tentang suatu kisah yang tak pernah sudah. Kalau nak dicerita pada zaman sebelum Merdeka, mau lagi teruk rasanya keadaan ni. Cuma sekarang ni tak berapa teruk sangatlah. Tapi kalau nak dibandingkan dengan keadaan Kuala Lumpur pada 2011 sekarang ni, memang tak patut sangatlah kan benda ni terjadi.

Adra bagi contoh yang paling senang, memandangkan inilah laluan Adra tiap-tiap hari. Laluan daripada Taman Selayang menuju ke Taman Koperasi Polis Fasa 2. Masuk aja jalan Batu Caves tu, dia punya lubang sama lopak dah tak tentu hala. Bersepah macam periuk api kat Burma nu. Bayangkanlah, Adra cuma menaiki kereta buatan Rawang yang mana “handling” dia tidaklah berapa nak cemerlang sangat. Kalau tak sempat elak, alamatnya ke lubanglah tayar kereta. Dia punya gegar ada lebih kurang 3 skala Ritcher. Kesian daddy, makin keraplah nak kena buat penjajaran tayar tu. Makin kerap kena buat penjajaran, bermakna lebih duit diperlukan untuk benda-benda yang tak sepatutnya.

Bila dah memasuki jalan Batu Caves-Taman Samudera menghala ke Taman Koperasi Polis tu, dia punya keadaan tu cukup untuk membuatkan daddy mencarut berbakul-bakul. Selalu juga Adra ingatkan daddy supaya jangan mencarut. Nak marah ke daddy sebab mencarut bimbang jatuh hukum derhaka pula kan. Adra cubalah tegur daddy elok-elok. Daddy sengih aja lepas kena tegur tu.

Pada Adra, isu jalanraya yang teruk ni dah sepatutnya dijadikan isu kebangsaan. Ahli Parlimen pun tak perlulah rasanya nak bergaduh pada isu yang merepek. Macam budak-budak aja bergaduh dalam sidang Parlimen. Malulah sikit ke anak-anak kecil macam Adra ni. Yang kerja mengorek jalan tu pun satu hal, lepas mengorek tu tolonglah tar kan semula elok-elok. Bukannya buat macam bonggol unta dia punya tinggi. Kalau bab jalanraya berlubang ni pun tak boleh nak “settle”, janganlah sibuk nak sembang pungpang-pungpang pasal Tahun 2020.